Assalamualaikum & hi buat semua pembaca. Saya terbaca kisah Daisy, (https://iiumc.com/jujurlah-pada-diri-sendiri/) tentang kawan yang menipu hampir kesemua identiti sehingga menulis buku.
Saya kurang pasti orang yang sama atau tidak tetapi jika sama, ini kisah versi saya. Kisah ini jadi waktu tahun 2019 -2020.
Saya pernah menelifon penulis ni sendiri. Saya gelarkan dia D okeh. Saya telifon waktu tu sebab kawan saya hampir putus tunang disebabkan D.
Dia maki hamun saya waktu tu dan nda mengaku salah lansung. Memang play victim betul. Dia panggil tunang kawan saya “B”. Mungkin hubby la kot kan. Dan D minta tunang kawan saya panggil dia dengan panggilan “baby”.
Jijik betul saya sebab D ni berniqab menulis tentang agama tetapi hipokrit okeh. Selalu voice, bagi gambar tidak berniqab. Memang tidak sama lansung dengan akhlak di Facebook.
Saya ada saja kenal kawan berniqab lain tetapi mereka sangat menjaga maruah diri bukan gatal dengan lelaki.
D ini pada mulanya tanya tentang isu mualaf. D banyak kongsi kisah dia, siapa adik beradik dia, keturunan dia. Tidak silap saya Ibu dia peguam ayah dia business atau apa saya sudah lupa.
Kemudian dia sudah pernah bertunang dengan duda anak 3 tapi cinta dihalang orang tua. Bakal mertuanya kurang senang sama D. Tidak pasti sya betul atau tidak bertunang dunia realiti.
Tapi selepas ada satu kes besar di media sosial kerana meniru lukisan, D mengadu dengan tunang kawan saya yang ada buat khianat pada D. D yakinkan lelaki tu yang dia mangsa dan terniaya.
Long story short selepas dia maki sya, saya nak tahu siapa dia ini. Saya cari semua info tentang dia, keturunan dia. Abang dia konon sudah mati pun masih saja hidup saja lagi. Lahir tahun 1979.
Banyak lagi penipuan lain tapi memang sya rasa ramai sudah yang kena catfish sama D ni. Mereka tidak kenal dia tapi percaya semua kisah dia sedangkan dia memang penipu yang sangat licik. Semuanya terancang dan teliti.
Buku dia kalau Daisy cakap tu tentang hijrah, maksudnya imaginasi sajalah. Dia tidak hijrah dia cuma tipu kita semua.
Tidak semua berniqab itu seperti D tetapi jika memilih untuk berniqab, tutuplah maruahmu bukan pembohonganmu.
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Sumber : IIUM Confession – BM