Hi, Aku nak buat sedikit luahan sebab dah tak tahu nak luah dekat mana. Aku Aaira bekerja swasta. Ada anak seorang yang masih baby, dan ada suami yang tak bekerja.
Walaupun suami tak bekerja, suami aku yang jaga anak aku bila aku pergi kerja.
Disebabkan hanya aku seorang yang bekerja, jadi gaji aku tu memang cukup2 makan sahaja. Kena settlekan segala komitmen, perbelanjaan harian dan peebelanjaan anak.
Bila dah ada anak ni, maka gaji pun semakin lama semakin tak cukup. Maka aku mula buat personal loan.
Lama kelamaan, duit loan pun dah habis untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.
Bila dah buat personal loan ni, komitmen pula meningkat, maka aku pun dah makin tak cukup duit nak bayar komitmen dan perbelanjaan.
Nasib baik boleh hutang shopee guna spaylater kan. Jadi aku pun mula beli barang keperluan guna shopee.
Bila tiap2 bulan asyik dok click installment, then terkumpul jadi banyak weh.
Bayangkan bulan ni kena bayar shopee 3000 weh. Mana aku nak cekau duit. Maka aku pun mula terima panggilan bertalu2 dari shopee.
Hutang personal loan pun aku tak terbayar dah.
Aku ni dah terjerat dengan hutang sebenarnya. Aku ada jugak buat online bisnes, and guess what, bulan ni langsung tak ada incime dari online bisnes aku.
Aku ni tak tahu nak buat macam mana dah. Dengan suami tak membantu. Dah berkali2 minta cerai pun tak mahu diceraikan.
Aku ni memang sabar je menanggung semua ni yang mana pada aku berpunca dari dia.
Macam mana la aku nak keluar dari belenggu hutang ni ya? Nanti aku akan kena tindakan mahkamah ke? Anak aku masih kecil, siapa nak jaga nanti.
Kalau korang ada kata2 nasihat, korang tinggal la dekat komen ye.
Yang benar,
– Aaira (Bukan nama sebenar)
Sumber : IIUM Confession – BM