Sorry cerita aku maybe agak panjang. Tapi dah lama aku nak luahkan. Aku tengah belajar medik di sebuah negara bahagian Eropah. Cuma sebabnya aku confess kat page ni, sebab aku nak ceritakan kisah hidup aku bersama seorang perempuan ni.
Perempuan yang berjaya memikat hati aku buat pertama kali. Satu-satunya perempuan yang aku sangat selesa bila bersamanya. Perempuan yang dapat buat hati aku berdegup kencang setiap kali bercakap dengan dia.
Aku ni boleh dikatakan sedikit pemalu depan perempuan. Boleh dikatakan seumur hidup setakat ni, aku tak ada seorang pun kawan perempuan yang rapat. Aku hanya akan bergaul dengan perempuan kalau ada urusan kerja sahaja. Aku tak akan tegur sapa perempuan tanpa sebab.
Ok ceritanya start macam ni. Aku kenal dia pada tahun 2005. Masa tu aku di penghujung sekolah rendah. Dia ni salah seorang classmate aku. Tapi dalam ramai-ramai, aku paling tertarik dengan dia.
Dia lemah lembut, senyuman manis. Boleh dikatakan aku pergi kelas sebab nak tengok dia je. Tapi kitorang tak pernah bertegur sapa. Hanya tahu nama sahaja. Aku tengok dia dari jauh je. Lepas UPSR, aku nak tahu jugak dia nak masuk sekolah mana, sebab aku nk ikut sama.
Tapi apakan daya, aku terpaksa pindah ke satu negeri jauh ke utara sebab ayah aku tukar tempat kerja. Sejak tu aku tak tahu apa-apa berita pun pasal dia.
Kat tempat baru, aku masuk ke sekolah yang boleh dikatakan berprestij tinggi jugak la berbekalkan result UPSR aku 5A.
Sekolah tu semuanya lelaki. Memang sesuai sangat la dengan aku yang tak reti bergaul dengan perempuan. Aku suka sangat sekolah tu. Disebabkan aku ni agak pandai, semua cikgu suka aku.
Ada pertandingan apa-apa mesti hantar aku. Junior, senior semua kenal aku, sebab wakil sekolah la kan. PMR pun dapat straight A. Sampailah aku form 4, masa tu internet baru tengah berkembang kan. Ayah aku pasang internet kat rumah. Aku pun try la Facebook.
Tahu tak siapa aku cari dulu? Dia. Aku memang takkan dapat lupakan dia. Crush dari dulu. Aku still ingat nama penuh dia sampai sekarang. Aku type nama dia. Memang ada. Aku punyalah happy, terus add friend dia.
Tak lama lepas tu, dia approve. Aku pun start mesej dia tanya khabar semua, sekolah mana sekarang etc. Lebih kurang seminggu chatting ikut FB, aku beranikan diri mintak no telefon dia. Dia bagi.
Malam tu jugak, aku confess kat dia. Bagitahu dia yang aku dah lama simpan hati dengan dia. Dia terima cinta aku! Dia cakap yang dia pun ada usha aku jugak dulu. Tapi takut nak tegur sebab aku ni pemalu, sopan.
Rupanya macam ni lah rasanya jatuh cinta. Sejak dari tu, tiap-tiap hari aku mesej dia. Call dia kalau ada duit lebih. Memang bahagia sangat lah. Walaupun tak dapat berjumpa lagi sebab tempat kami jauh, tapi aku tahu, if shes the one, no matter how far the distance, we will be together.
So, ni tahun pertama sebagai couple kan, birthday dia pun tak lama lagi. So why not aku bagi hadiah untuk dia?
Lebih kurang 2 minggu lagi harijadi dia. Hadiah pun aku dah beli. Tinggal nak balut dan post. Tapi dia hantar satu mesej. Dia kata, nak putuskan hubungan ni.
Aku tanya dia apa sebabnya?
Dia kata tak boleh bagitahu sebab. Dia cuba lost contact dengan aku. Dia tukar no telefon, deactivate FB dia. Memang aku total lost contact. Hati aku punya lah remuk retak seribu. Aku mana pernah bercinta sebelum ni.
Aku tak reti macam mana nak deal dengan putus cinta. Aku menangis, banyak duduk sorang diri. Nasib baik masa tu cuti sekolah, so aku boleh menangis semahunya kat rumah.
Parents aku tak tahu pun pasal hubungan aku dengan dia. Aku malu nk cerita pasal perempuan kat parent aku.
Yes, putus cinta sangat perit. Walaupun baru 5 bulan bercinta dengan dia, walaupun tak pernah face to face dengan dia, tapi aku sangat kecewa. Aku berazam tak akan jatuh cinta lagi, dan akan focus pada pelajaran demi masa depan aku.
Buka sekolah, aku form 5. Memang bertekad gila. Untuk lupakan perempuan tu, dengan focus dalam pembelajaran. Semua jawatan, semua aku tibai. Presiden kelab ni, setiausaha kelab tu. Semua aku cadang diri sendiri, yelah sebab nak markah penuh kokurikulum sebab nak masuk Universti nanti.
Aku semakin lupa pada dia. At the end, Aku berjaya dapat straight A SPM. Korang boleh agak betapa bangganya parent aku bila aku berdiri atas pentas nak amek result SPM, lagipun aku ni anak sulung.
Dengan result tu, aku try apply untuk uni dalam dan luar negara. Aku nak jadi seorang doktor. Alhamdulillah, aku dapat tawaran untuk degree medik ke luar negara dengan tajaan MARA.
Lebih kurang 3 bulan kat tempat baru, aku dapat satu friend request.
You are right. Its from the same girl whom i in love with long time ago. Aku pun approve la sebab aku macam dah takde rasa apa dengan dia.
Dia minta maaf kat aku, dan bgtahu aku sebab kenapa dia nak clash dulu. Rupa-rupanya dalam masa dia couple dengan aku, dia ada tersuka tanpa sengaja dengan classmate dia.
Tapi satu hari classmate dia luahkan perasaan kat dia, so dia buat keputusan nak putus terus dengan aku. Aku ni bukan jenis pendendam, so aku maafkan dia. Kitorang keep on messaging tanya khabar, until aku rasa aku dah jatuh hati balik kat dia.
Tapi dia yang bagitahu aku yang dia nak balik kat aku. And yes, were couple again. But this time, aku lebih serius. Aku janji, bila aku dapat balik Malaysia sekali setahun, aku akan pergi jumpa parent dia terus.
We are quite happy as a ‘new’ couple. Walaupun masa berlainan dan jarak yang jauh, aku akan text dia setiap hari, Long distance relationship antara benua ni susah sangat.
But aku tak kisah asalkan shes the one. Aku akan spare every free time yang aku ada just for her (and family aku of course). Trust adalah perkara paling penting.
Aku? Jangan risaulah. Aku still sama macam dulu. Segan bila dengan perempuan. Nak curang? Aku datang sini sebab nak jadi doktor, bukan nak main-main.
Lebih kurang 10 bulan aku kat sana, akhirnya aku dapat balik Malaysia.
Mahal ooo tiket bukan boleh balik bulan-bulan. Sekali setahun tu bersyukur la. Yes, aku tunaikan janji aku. Aku pergi jumpa dia buat pertama kali. Dari negeri aku, aku naik bas ke tempat dia.
Aku dah bagitahu family aku pasal dia sebab aku memang ikhlas dengan dia nak jadikan dia isteri. Aku still tak boleh lupa betapa menawan nya dia masa dia ambik aku bersama ayah dia.
Aku tak expect pun dia akan jd soo much better in real life, daripada skype. Aku jumpa family dia. Aku suka family dia. Dorang pun suka kat aku. Kitorang spend the whole day borak pasal pelajaran aku, family, and our future.
Its been a lovely 3 years with her now. And dah jumpa dengan dia 3 kali. Dalam masa yang lama ni, kita akan dapat kenal sikap seseorang tu, macam mana karakter dia. Shes a happy go lucky person. Agak peramah.
Kadang-kadang aku terfikir karakter dia sangat bertentangan dengan aku yang pemalu, sopan. Tapi apa orang kata, itulah yang melengkapkan sesebuah hubungan. Memang akan ada bergaduh sana-sini.
Sikap dia yang peramah tu kadang-kadang buat aku susah hati. Ye la dia tu cantik rupa, ramai yang suka dia. Pernah sekali classmate dia confess kat dia. Dia bagitahu aku dia tak tahu nak pilih sapa. Dia sayang classmate dia, but dia cinta aku.
Aku rasa aku sangat penyabar. Aku tak pernah marah dia. Aku suruh dia fikir dalam-dalam takkan dia nak hancurkan hubungan yang kita dah bina ni sebabkan benda macam tu?
Bukan sekali benda ni jadi. Banyak kali. Dia tersangat peramah. Puas aku nasihatkan dia. Dan setiap kali itulah aku akan maafkan dia. Aku takkan marah dia.
Aku dalam penghujung bulan terakhir tahun 3 medik. Aku agak sibuk. Setiap hari dalam otak aku hanya study dan study. Kebetulan masa tu Unii cuti sem. So, dia kat rumah holiday.
Aku pulak bertungkus lumus study medik. Dia kata, aku tak ada masa untuk dia. Sebab aku jarang text dia, jarang call dia. Aku tengah study week. Aku minta dia faham.
Dia minta maaf. Dia kata tak apa. Susah payah, akhirnya aku habis exam dan start cuti. Tapi aku tak balik Malaysia, sebab tiket mahal dengan duit Malaysia tengah turun sekarang. S
o, first thing to do lepas habis exam, aku contact dia. Masa tu dia dah habis cuti. Dia dah start sem baru. Dia kata dia busy. Aku dengan serba salah, kurangkan text dia sebab takut ganggu dia study.
Lagipun dia memang dah jarang balas text aku. Ada sekali aku text, 3 hari baru dia balas. Aku ni jenis yang suka text. Macam-macam aku text dia, kata rindu lah, nak oncall lah.
Skype? Memang jarang sangat sebab bila dia kat Uni, dia kata internet lembab. Walaupun dia tak balas, tapi aku tak ambik hati sebab aku faham dia tengah study.
Sampailah satu hari, masa tu aku baru pasal 4th year medic, dia text aku yang dia nak putuskan hubungan. Aku tanya sebab apa. Dia cakap sebab nak focus study. Sebab dia serabut aku text banyak sangat.
Dia serabut sebab setiap kali dia nak keluar, aku akan tanya nak keluar dengan sapa, naik apa, pergi mana etc. Aku cuma ambil berat. Aku cuma risau. Tapi dia cakap aku terlalu mengongkong dan dia nak bebas.
Aku patah hati. Walaupun tersangatlah sedih, tapi aku memahami. Dia nak focus study. Ni kali kedua aku break-up dengan orang yang sama. Padahal dia lah first love aku. Mimpi nak kahwin lepas habis study lebur macam tu je.
Dia kata, kalau ada jodoh takkan kemana, dia nak jadi kawan dengan aku. Aku sedih sangat. Aku menangis seorang diri. Kali ni di negara orang, seorang diri. Aku tak bagitahu kawan-kawan aku yang aku dah break. I am very lonely.
Lagipun that day, lebih kurang 3 minggu nak harijadi dia. Kitorang still contact biasa-biasa as a ‘friend’. Tapi aku tak anggap dia friend pun. Aku sangat cinta dia.
Sampai lah pada tarikh hari jadi dia. Waktu tu pukul 2 pagi sini. Malaysia dah 7 pagi. Aku call dia sebab nak wish happy birthday. Tapi dia mamai lagi, suruh aku call lagi dua jam. Aku tunggu sampai 4 pagi then aku call dia.
Dia angkat, and cakap dia dalam kereta nak pergi sambut birthday dengan kawan-kawan. Aku dapat dengar suara seorang lelaki tengah drive.
Aku tanya siapa tu. Dia akhirnya jujur kat aku yang dia dah ada pasangan baru. Sedangkan aku masih terkapai-kapai kat sini.
Wah! Aku marah dia. Aku kata kat dia dia penipu, kata nak putus sebab nak focus study. Alasan dia, dia kata memang nak focus study. Tapi lepas putus, baru dia couple baru.
Lebih perit lagi dia kata, sayang aku, tapi tak cinta. Dia off kan call. Aku patah hati. Memang berkubur lah hasrat aku nk jadikan dia isteri. Dia block semua contact dengan aku. Whatsapp, facebook, twitter, instagram semua dia block.
And here I am, 2 month post-breakup, all alone. Sekurangnya, dah masuk 4th year ni sikit sebanyak, banyak tolong aku lupakan dia sebab aku banyak spend time masa kat hospital.
Lagi dua tahun aku akan habis study dan balik Malaysia. Aku dah serik. Her loss, not mine. Aku tak nak jumpa dia lagi, ever. My girl, if you read this, say hello to your mom for me. I really miss her.
To my real future wife, who ever, where ever you are, please never break my heart, as I only have one…
– Bakal doktor kamu