Kemurungan

Assalamualaikum, nama aku Fiqa, (bukan nama sebenar) berusia 19 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran.

Di sini, aku nak cerita tentang sejarah hidup aku. Aku mungkin kemurungan. Tapi aku tak mampu luah, aku diam sahaja, kerana aku yakin tiada yang dapat memahamiku.

Jadi aku luah dalam ni.

Aku ni seorang introvert, pendiam dan senang kata tak pandai nak bersosial, tapi Allah beri kelebihan pada aku, aku boleh menulis dengan baik.

Biasanya ayat-ayat yang aku tulis, yang aku nukilkan mendapat pujian dari guruku kerana kecantikan bahasa yang aku gunakan dan cara aku sampaikan.

Aku bersyukur, tapi aku masih lagi rasa rendah diri. Aku selalu terfikir, apa guna kalau aku pandai menulis tapi tak pandai bersosial, argh, aku runsing memikirkannya.

Sebenarnya bukan itu sahaja, aku mengaku aku jenis yang agak peka (terpulang nak percaya atau tidak) dengan persekitaran aku.

Di sini ceritanya, aku memang amat suka perhatikan gerak geri orang, bukan kemahuan aku kadang-kadang, tapi memang itu sifat aku.

Aku perhati, ada orang tak suka dengan aku. Sebabnya, aku tak pasti. Mugkin sebab badan aku ni, berbau. Mungkin orang lain pun sama, mana nak tahan dengan bau yang busuk.

Tapi, bukan disebabkan aku tak mandi, bukan disebabkan aku tak jaga kebersihan, memang aku macam ni.

Macam-macam aku dah pakai untuk elak badan berbau, pakai deodoran, pakai bedak dan calitkan sikit minyak wangi.

Aku tak boleh bau bau badan aku, tapi, orang lain yang boleh bau. Aku pelik, kenapa aku tak boleh bau dan orang lain boleh sahaja bau. Bau yang busuk.

Aku tahu badan aku berbau ni macam yang aku cakap, dari bahasa tubuh orang lain. Mereka selalu menjauhkan diri dari aku, selalu tutup hidung bila aku ada dekat dengan diorang,

Bahkan yang paling teruk emosi dan mental aku terganggu disebabkan inilah, lebih-lebih lagi masa aku duduk asrama masa sekolah menengah dulu.

Ramai sangat tak suka aku. Siap ada yang perli-perli aku lagi, diorang tak tegur depan-depan, tapi memalukan bagi aku. Diorang lalu dan cakap, “Busukkkk!” dekat aku.

Aku rasa masa tu macam nak menangis dah, tapi aku tahan, pura-pura takde apa apa.

Aku terfikir, sudah lah badan aku ni berbau, terlalu peka dengan gerak geri orang lain, kemudian tidak pandai bersosial.

Memang aku fikir, ini ujian buat aku. Sebabnya, ramai sangat yang mengelak nak dekat dengan aku.

Kadang-kadang, masa aku belajar pun cikgu-cikgu tak nak pun lalu tempat aku, bila ada satu hari tu aku angkat tangan, cikgu tu tak layan.

Aku tak suka cakap tapi aku kena luah jugak. Aku start kemurungan, tapi aku diam jer, tak didiagnosis, aku anggap macam tak ada apa-apa.

Walhal, remuk nya hati aku, Allah sahaja yang mengetahui.

Bukan pinta ku nak ada bau badan busuk, bukan aku suka dibenci masyarakat, bukan pinta ku dilahirkan dengan sifat pendiam dan seorang introvert. Nama pun introvert, orang tak mengerti diamku.

Diamku bukan sombong, juga diamku bukan berarti tidak mahu menjalin persahabatan,

Tetapi aku sendiri sering bertengkar dengan fikiranku dimana diamku, terbit serabut nya hati yang tidak tahu berkomunikasi dengan baik, tiada ramai kawan, Ya Allah, aku penat.

Sampai bila Ya Allah, aku harus berperang dengan situasi sendiri? Selalu aku menyalahkan takdir, menangisi nasibku sendiri, kadang-kadang sebak nya di hati, hanya sekadar omongan di benak diri, meruntun jiwa.

Aku dah penat ada badan yang berbau, bukan aku tak usaha untuk kurangkan bau badan, tapi rasanya sama sahaja, ada sahaja yang memerli walaupun banyak cara aku cuba untuk buat bau badan berkurang .

Aku pening, antara sifat peribadi aku yang pendiam, tak tahu bersosial bergabung pula dengan masalah bau badan.

Aku tak pasti apa respons orang lain terhadap kisah aku ini, tapi yang pasti hinakah aku? Disebabkan badan aku berbau, ramai tak suka.

Kalau ada yang biasa dengan aku pun, masalah buat aku ialah bagaimana cara untuk berinteraksi dengan baik bersama mereka? Kerap kali aku gagal dalam berkawan.

Ramai kawan yang bosan bila ada dengan aku. Iyalah, aku ni tak meriah, bukan jenis yang happy go lucky mcm kebanyakan di luar sana.

Semuanya aku pendam. Kalau aku luah pun, aku tahu orang akan judge aku cakap jaga lah kebersihan, mesti takde bau lah. Aku penat.

– Fiqa (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM