KAWAN FOREIGNER

Aku ada kawan (secara serious) dengan seorang lelaki. Non-Malaysian. Foreigner le senang cakap. Muslim. Alhamdulillah, setakat ni takde problem apa-apa. Dia pun baik, hormat aku, takde nak melucah or try to be funny with lawak lucah yang haremmm, and dia sabar je layan perangai childish aku ni.

Kalau gaduh pun sebab perangai aku tak boleh nak keep calm & cepat sentap. Dia selalu cool je. Cey, tengah sayang kan, memang pujian melambung baq hang! Haha.

Memang pesen aku, kawan dengan siapa-siapa je terus roger mak. Suka share dengan mak, hehe. And setakat ni, Mak approve je, asal solat tak tinggal & tak banyak songeh. Abah tak tahu lagi, and bakal dipujuk oleh mak, wakaka. Standard la, abah being abah, protective sikit, haha.

Biasa la jadi perempuan, excited nak share benda best kat kawan-kawan. Aku tak ramai kawan pun. Small circle. Dorang pun ramai dah kawin/bertunang. Bila diorang tanya update, aku cerita jela. Cerita sikit-sikit jela, banyak-banyak kang meluat pulok, hahah.

Kawan-kawan ramai yangg approve, tepuk-tepuk tangan, senyum-senyum sambil nasihat sikit-sikit & doakan kebahagiaan aku. Hehe!

Tapi -haaa, ni part tak best dia, part luahan perasaan duka dalam jiwa, cewah- dalam sikit-sikit kawan yang aku ada (small circle kan, Haha) ada sorang kawan baik aku ni, dia macam tak boleh terima aku kawan dengan foreigner.

Macam-macam dia cakap; foreigner tak bagus, foreigner banyak yang menipu, foreigner nak kerakyatan je, foreigner nanti bawak lari baby, blablabla. Fuh, tinggi imaginasi dia. Aku pun tak pernah terfikir sampai mcm tu, hahah.

Sampai kawan aku ni cakap banyak kali, “Aku doakan kau jumpa jodoh orang melayu.” & “Suami aku ada ramai kawan-kawan kalau kau nak.” I was like, dafuq? Kalau kau betul nak tengok aku happy, doa jela semoga aku happy & takde masalah pelik-pelik berlaku. Simple.

Mindset yang macam ni yang payah. Overgeneralize.

Anggap kaum lain penipu or tak berguna. Anggap kaum sendiri sempurna. Kalau betul melayu tu bagus sangat, kenapa ada je kes kena tipu duit, curang, kena pukul, etc among Malay couples? Adohai.

Start dari tu aku terus rasa mcm tak nak share apa-apa dengan dia. Ok lah, it is good to remind me the reality, tapi gila down aku rasa, hahah. Ke betul assumption dia tu? Hahah.

Tolong la jangan tanya, “Apa dah tak cukup lelaki Malaysia ke sampai carik foreigner?” Haha.

Before this ada jugak kawan dengan lelaki Melayu, tapi asyik kena tipu pulek, wuwuwu. Bukan la cakap semua tak guna, tapi dah terkawan dengan incik foreigner, tersuka tanpa sengaja pulak kan. Jangan aa kecam, hahah.

Anyone got married to a foreigner? Boleh share pengalaman tak? Hehe. Jzkk.

– SisSophie