Assalamua’laikum semua, Aku fikir dua tiga kali nak tulis ke tak confession ni sebab aku hati tisu, takut kena kecam.
Sebenarnya aku terbaca kes viral pasal cikgu hempuk budak pakai buku dekat muka. Setakat yang aku faham dari video yang aku tengok dan komen yang aku baca, budak tu 9 tahun dan kena hempuk sebab terlupa bawa buku.
Betulkan kalau aku salah. Dari video yang aku tengok, bagi aku dua2 cikgu dan ibu salah. Cikgu sebab hempuk dekat muka dan ibu sebab viralkan video. Bagi aku kalau benda tu settle secara tertutup better.
Anyway aku bukan nak komen pasal video tu tapi lebih kepada komen yang aku baca di FB (sebab aku takde IG, Twitter etc.) yang rata-rata backup cikgu tu punya tindakan.
Aku tak setuju dengan tindakan cikgu tu sebab dalam Islam ada larangan untuk memukul bahagian muka.
Aku cuma jumpa link ni sahaja dari pejabat Mufti WP https://muftiwp.gov.my/
Tak semestinya orang dulu-dulu buat maksudnya betul ya benda tu.
Masa benda ni viral, aku teringat cerita yang mak aku pernah cerita dekat aku dulu. Mak aku cikgu sekolah rendah, dah bersara 10 tahun yang lalu.
Dia ditugaskan mengajar budak2 kelas corot, yang lemah 3M (membaca, menulis, mengira). Tak salah aku ada 3 kelas yang dia kena ajar.
Nak dipendekkan cerita, ada satu kali ni, mak aku telah melempang anak murid dia, lelaki darjah 2 atau 3 pada waktu tu. Sebab mak aku geram, dah ajar eja banyak kali masih tak dapat baca perkataan tu.
Jadi keesokan harinya, guru besar panggil mak aku sebab ibu budak tu nak jumpa mak aku.
Untuk sesiapa yang cakap orang dulu2 kalau kena pukul dengan cikgu, ibubapa SEMUA tak kisah jangan nak membohong sebab ada je cuma bezanya dulu 30 tahun lepas bukan zaman viral.
Anyway, mak aku tak spesifikkanlah apa yang dicakapkan dengan ibu budak tu cuma mak aku minta maaf dan kes tersebut settle. Dan budak ni satu2nya murid yang mak aku pernah lempang sepanjang 40 tahun lebih dia mengajar.
Selepas beberapa tahun, benda sama berlaku dekat abang aku. Disclaimer ya, abang aku SANGATTTTTTT nakal masa kecik. Dia sendiri mengaku sebab itu mak ayah aku hantar dia duduk asrama.
Nak dijadikan cerita, mak ayah aku dapat call dari pihak asrama/sekolah yang abang aku masuk klinik sebab kena lempang dengan warden asrama/cikgu sekolah dia. Tak teruk tapi berdarah jadi cikgu tu bawa ke klinik sebab takut apa2.
Of course, mak aku marah, anak kandung 9 bulan kena lempang sampai berdarah, ko rasaaa. Hampir2 jadi kes polis. Tapi ayah aku jumpa elok2 bincang dengan cikgu sekolah, rupanya abang aku curi2 keluar asrama dengan kawan2 dia.
Ayah aku cakap boleh rotan tapi bukan dekat muka. Pukullah dekat bahagian mana2 cuma bukan dekat muka. Cikgu tu minta maaf then settle kes.
Beberapa tahun selepas mak aku bersara, dia terserempak dengan anak murid dia yang dia pernah lempang. Tapi mak aku tak ingat anak murid tu, sebab of course dah besar, muka pun dah berubah.
Anak murid tu direct je cakap dengan mak aku “cikgu tak ingat, cikgu lempang saya dulu masa saya darjah 2/3?” .
Masa tu baru mak aku ingat sebab dia satu2nya budak yang mak aku lempang dan mak aku minta maaf sebab lempang dia masa kecik dulu.
Tapi murid mak aku tu instead, cakap terima kasih sebab lempang dia, kalau tak, dia tak jadi orang. Dia bagi mak aku sedikit duit, sedekah katanya, dan dia jemput mak aku pergi majlis kahwin dia.
So apa aku nak cerita dekat sini sebenarnya? Aku pun tak tahu. Hahahaha.
Masa aku tulis confession ni nak dekat pukul 12 malam jadi tetiba otak aku beku. Aku pun tak nak bagi kesimpulan dekat cerita ni, aku just nak kongsi. Kesimpulannya korang pandai2lah fikir sendiri.
Sekian.
– Anon (Bukan nama sebenar)
Sumber : IIUM Confession – BM