Hai. Aku nak cerita sikit tentang jiran tak guna dan gila. Bila-bila masa aku boleh viralkan kau dan report polis sebab adik aku ada rakaman masa serangan berlaku.
Jiran ni duduk dekat rumah aku area Pasir Gudang, Johor. Memang l4hanat dan gil4. Sorry tercarut. Sebabkan aku dah geram dan dia dah melampaui batas.
Pada minggu lepas, MS telah menyerang ayah aku. Isu ini isu anjing.
Masa kejadian tu, ada bomba datang rumah jiran aku yang lain sebab kucing jiran yang lain ada kat atas bumbung. Ayah aku pun baru balik kerja. Ayah aku tengah tak tahu apa-apa. Tiba-tiba dia maki ayah aku.
Tetiba dia serang ayah aku, Dia kata kalau apa-apa berlaku kat anjing dia, ayah aku kena bomoh lah apalah.
Ini dah kes ugut satu hal. Tuduh pun satu hal. Dia tuduh ayah aku panggil bomba dan maki hamun tak tentu pasal. Sebab dia takut terjadi apa-apa kat anjing dia.
Jiran aku ni dia melayu dan Islam. Dia tak tahu hukum ke bela anjing apa semua. Dia bela anjing kat luar depan rumah dia.
Anjing dia ni kalau dia balik dengan kereta dia memang menyalak dan kejar orang tak tentu pasal. Anjing dia ni akan kejar orang kalau lalu depan rumah dia.
Bukan tak suka haiwan ke apa tau tapi menjejaskan ketenteraman awam. Budak lalu basikal pun anjing tu kejar. Dah ramai lah kena kejar dengan anjing ni senang cerita.
Adik aku baru balik dari sekolah agama pun kena kejar dan hampir digigit. Aku dah banyak dengar kes anjing gigit orang sampai masuk hospital, mati apa semua. Tu yang risau. Selesai aku cerita kes anjing.
Isu terbaru jiran laknatullah iaitu MS yang kurang ajar dan biar mampos cepat. Satu keluarga sama je perangai.
Macam ni ceritanya, petang tadi aku pergi tape tembok rumah aku yang ada lubang empat. Sebab nak elak kucing masuk rumah aku.
Memang tembok dinding tu kau yang buat berhabis ribu. Tapi aku tape kat kawasan rumah aku, bukan rumah dia. Lepastu dia cabut tape tu, dia gulung tape tu campak kat rumah aku.
Aku geram aku campak gulungan tape tu balik kat rumah dia.
Lepastu, lepas maghrib macam tu si jiran laknatullah tu pun balik. Mulalah dia serang mak bapak aku. Maki hamun apa semua. Satu keluarga anak beranak.
Aku apa lagi maki hamun lah balik. Jerit-jerit apa semua. Memang kaw-kaw aku bagi.
Dia dah cabar kesabaran aku. Aku pun mengamuklah apa lagi.
Anak lelaki dia siap bawak helmet nak hentak kitaorang agaknya. Lagi satu nak panjat pagar pulak tu. Nasib mak dia sempat tahan. Lepastu Dia kata tu tembok dia.
Memang lah tembok kau, tapi aku buat kat kawasan rumah aku bukan rumah MS laknatullah tu.
Dah rumah aku mestilah ada hak kan sebab rumah aku kan aka rumah ayah aku hehe. Ayah aku dah beli rumah tu, tu hak ayah aku lah.
Kau siapa MS laknat. Tu rumah aku aka ayah aku. Jiran aku ni dia dah tua tapi perangai tak matang langsung.
Jiran laknatullah hina mak bapak aku apa semua, aku geram lah. Aku sebagai seorang kakak sulung dia dah mencabar kesabaran aku.
Memang aku mengamuk tak tentu pasal tadi. Anak sulung ni dia lain macam sikit kalau dah mengamuk, tak kiralah lelaki ke perempuan.
Nama anak dia pulak MD1, MD2 dan MD3 ni anak lelaki yang cuba menyerang dan cubaan panjat rumah aku.
Cubaan untuk memukul pun ada. Dia gegar pagar rumah aku dengan tendang tong sampah depan rumah aku.
Jiran aku ni tak kiralah bapak ke anak ke dah banyak kali buat hal. Pernah parking separuh kereta kat depan rumah aku. Hanatttt. Senang cite memang dah banyak kali.
Dalam citer ni siapa yang salah, aku ke dia. Aku tape kat kawasan rumah aku bukan rumah dia pun. Tak usik langsung senang cerita.
Tak logik kan, aku tampal tape kat rumah aku bukan rumah dia. Yang kau sibuk kat rumah orang dah kenapa lahanatt. So funny. Ini kisah benar.
Aku nak luahkan kat sini sebab rasa lega bila dah marah dan luahkan kat sini. Thank you kerana membaca.
Lagi satu minta maaf sebab dah banyak sangat carutan dalam penulisan ini. Korang boleh beri pendapat tentang isu ini. Sekian.
– Sara (Bukan nama sebenar)
Sumber : IIUM Confession – BM