Jatuh Cinta Dengan Kawan Baik

Assalamualaikum. Saya mahu kongsi satu cerita tentang kawan baik saya. Kami mula kenal di satu universiti. Saya senior dan dia junior. Kami dari jurusan yang sama.

Mula kenal bila saya sertai kelas junior disebabkan saya ulang kertas peperiksaan yang sebelum ni (repeat paper) Pada mulanya, kami tidak begitu rapat hanya bertegur bila perlu.

Al maklumlah kita ni senior yang masuk kelas junior. Jadi agak segan lah nak bertegur sapa. Lama kelamaan setelah sertai pelbagai program, kami mulai rapat.

Adakalanya dia aku gelarkan ‘bintang’ memanggil aku dengan panggilan kak ‘bulan'(bukan nama sebenar) dan adakalanya dia hanya memanggil aku bulan.

Semakin hari makin rapat sehingga aku tidak sedar yang aku sudah mula menyukai dia.

Kami jauh dia tinggal di pantai timur, aku pula di ibu kota. Bila habis belajar, kami masih berhubung di whatsapp dan social media.

Dia banyak bercerita tentang rahsia dia kepada aku yang tidak diceritakan pada kawan universiti kami yang lain.

Dan dia selalu berkata ‘kau kawan aku yang paling baik, dan aku selesa berkawan dengan kau’. Banyak rahsia dia yang aku pegang sehingga sekarang. Memang kami akui kami rapat.

Dia juga tidak pernah lokek untuk belanja aku makan, beri bantuan bila aku susah sehingga aku kadang-kadang aku berasa segan. Dan dalam masa yang sama aku gembira. (Mestilah happy crush baik dengan kita kan)

Dan aku ada hadiahkan dia jam tangan sebagai tanda balas yang selama ni aku jarang memberi dia apa-apa sepanjang kami berkawan.

Dan dia menganggap itu sebagai hadiah ulang tahunnya. Aku tidak kisah asalkan dia menghargainya.

Baru-baru ni aku ada trip dipantai timur. Aku bercadang bertemu dengannya setelah 2 tahun tidak berjumpa akibat pandemic covid 19.

Dia menghadiahkan aku baju dan purse sebagai hadiah ulangtahun aku baru- baru ni.

Aku sungguh terharu diatas hadiah itu. Hadiah tu pula aku anggarkan hadiah yang agak branded jika dilihat dari segi jenama nya.

Dan kami masih lagi berkawan hingga lah sekarang. Aku memang tidak berani untuk meluahkan perasaan aku.

Kawan-kawan baikku yang lain semua merasakan yang aku dan dia sedang bermain tarik tali tentang hati dan perasaan.

Saya hanya mampu berdoa, agar suatu hari nanti akan lebih serius lebih dari seorang kawan.

Terima kasih pada sudi yang membaca confession saya. Diharap anda dapat mendoakan yang terbaik untuk hubungan kami.

Dan semoga yang membaca ni juga mendapat cita dan impian yang diharapkan.

Terima kasih…

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM