DRIVER LORI VS ENGINEER

Sebenarnya aku tulis ni bila tahap pendam perasaan aku tu dah hilang. Dari tajuk tu macam dah taw kan macam dua darjat.

Dulu..

Aku tak pernah sangka pulak yang aku akan merasa dilema cinta antara 2 darjat and sampai sekarang kadang-kadang aku rasa macam mimpi.

Ceritanya begini…

Aku berkenalan dengan tunang aku dekat 1 kelab kereta ni. Masa tu kami ni memang best buddy. Dipendekkan cerita aku dengan dia dah selamat pun bertunang. Aku orang kedah, dia orang johor.

Antara aku dengan dia kami memang ok. Takde masalah bab curang ke apa tapi masalah besar adalah FAMILY aku. Bukan aku nak burukkan, apa lagi nak malukan family aku. Cuma aku terkilan dengan sikap mak dan ayah aku.

Aku bekerja sebagai engineer dekat salah satu syarikat oil & gas kat Malaysia dan tunang aku driver lori.

Mak ayah aku macam sengaja tangguhkan perkahwinan kitorang. Sampaila dah hampir 2 tahun bertunang, aku rasa dah cukup lama. So aku pun dah start planning itu ini.

Aku call parents aku nak tnya macam mana nak buat sebab aku mintak nak nikah dan buat kenduri kesyukuran je sebab pada aku duit tu boleh simpan nanti kalau nak pindah rumah. And mak ayah aku tak setuju.

Ayah aku nak juga buat kenduri nak jemput 1 kampung katanya. Aku pun setuju je sebab malas nak gaduh. Tapi bila aku dah start nak cari wedding planner, aku dah start amek mood nak buat majlis yang meriah tiba-tiba ayah aku cakap, “Tak payah la nak buat majlis besar, along bukan kawin dengan orang yang baik baik, bukan kawin dengan orang sama taraf. Abah pun malu nak jawab kalau orang tanya menantu kerja apa. Langsung tak setaraf..”

Ya Allah..Masa tu aku jatuh air mata aku. Kenapa ayah yang besarkan aku yang aku kenal selama 26 tahun ni boleh cakap macam tu?

Hina sangat ke kerja driver lori? Tak halal ke rezeki dia?

Sungguh aku sedih. Mak aku, ayah aku diaorang dah tak kerja. Masa aku kecik, masa ayah aku muflis hidup aku tak mewah, biasa-biasa je.

Aku paham ayah aku susah tapi bila part aku nak kawen, kenapa ayah aku perlu macam nak cari orang yang setaraf dengan aku? Padahal hidup aku dengan tunang dah ok. Sama-sama kumpul duit nak kawen.

Alhamdulillah.. Hasil combine gaji kami, aku dengan tunang boleh simpan sebulan RM4000. Masih boleh bayar kereta, rumah, loan, kredit kad. Kat mana yang kurangnya tunang aku?

Kami sama-sama saling tolong menolong. Aku susah dia tolong. Dia susah aku tolong. Aku sedih.. Sedih sampai tahap aku menulis sambil menangis.

Kenapa perlu hina tunang aku? Ayah aku cakap lagi, “Abah sengaja tangguhkan kahwin along, sebab abah harap dalam masa sama along jumpa orang yang setaraf.”

Aku dah bertunang dan dia masih berharap aku mencari yang lain. Pada aku cukup la tunang aku. Hanya dia yang paham aku, kenal aku. Aku tak malu. Sumpah tak malu bila orang tanya tunang aku kerja apa.

Ya.. Tunang aku driver lori. Kenapa parent aku malu dengan pekerjaan driver lori tu?

Aku sndiri masih tak paham. Aku tak nampak dari sudut mana diorang perlu malu. Kepala aku serabut, hati aku terluka dengan sikap parent aku.

Ingin aku pesan untuk diri sendiri dan kepada yang bakal jadi mak dan ayah. Kalau 1 hari nanti anak korang berjaya, bergaji besar, berpangkat, jangan la lupa yang kejayaan itu bukan sebagai platform untuk kita berbangga diri, untuk kita merasa darjat kita tinggi.

Cukup la. Biar lah aku insan yang terakhir yang merasakan masih wujud cinta antara 2 darjat.

– Aku juga manusia biasa