Disukai Suami Orang

Salam semua, aku namakan aku Hasya, berumur 27 tahun dan berkerja sebagai pegawai kontrak di sektor kerajaan.

Dah dekat 2 tahun aku berkerja di sini dan dalam tempoh itu aku setiap hari berdoa supaya aku dapat kerja dekat tempat lain.

Sekarang ni susah nak dapat kerja jadi sebab tu aku kerja dekat sini walaupun masih tittle kontrak.

Salah satu sebab yang buat aku nak tukar tempat kerja dan berdoa setiap hari adalah sebab aku diganggu dan disukai suami orang.

Sektor kerajaan banyak yang sudah berkahwin dan mempunyai anak jadi memang tak sesuai untuk aku yang bujang jadikan tempat cari jodoh.

Mungkin untuk sesetengah perempuan tak kisah dan suka diganggu oleh lelaki walaupun lelaki tersebut sudah berkahwin.

Untuk aku, aku sangatlah tidak gemar diganggu lelaki berstatus suami orang.

Setiap hari, aku akan terima satu nota di cermin kereta aku. Ayat2 jiwang romantis. Akan dibelanja makanan diletakkan di kereta atau dikirimkan melalui akak cleaner.

Akan ada yang tanya pasal aku dekat colleague aku atau yang direct bagitahu mereka suka aku dan nak berkenalan dengan aku.

Jujur aku cakap aku rimas, kalau mereka bujang aku okay tapi dah kahwin. Dah ada anak. Haih.

Untuk aku describe diri aku, sejujurnya aku bukanlah dalam golongan yang cantik pun, hidung pun pesek. Tidak la kurus, tidaklah gemuk.

Tapi aku ni kalau senyum atau gelak memang manis orang yang kata. Peramah, sopan santun tapi tidaklah lemah lembut dan tidaklah kasar. Cakap slumber, suka mengusik.

Aku selalu masak dan bawak bekal masakan lebih ke office jamu kawan2 office. Tak ada yang istimewa pun sebenarnya. Sikit lagi entah kena cop anak dara tua.

Ada seorang suami orang merangkap bos aku yang aku kena laporkan kerja dekat dia memang dia mengaku suka aku.

Dia cakap aku budak baik sebab tu dia suka. Dia siap cakap dia sayang aku. Dan paling worst dia siap pergi jumpa umi dan baba aku dekat kampung. Tak bagitahu.

Dari mana dapat alamat dari maklumat diri aku. Aku rimas.

Aku nak berhenti kerja tapi aku belum dapat kerja yang lain. Komitmen banyak takan aku nak susahkan family. Nak tak nak aku kena hadap.

Setengah orang cakap tolak tuah,memilih dah ada orang suka tak nak. Tapi mereka suami orang bukan bujang.

Mesti golongan lelaki akan marah bila baca confession aku. Aku minta maaf, tapi aku tak akan rosakkan rumah tangga orang. Walaupun isteri mereka setuju.

Biarlah kalau sampai aku umur 30 tahun aku tak kahwin asalkan bukan dengan suami orang. Aku tak nak bercakap kasar atau marah sebab aku akan hadap dorang ni sepanjang aku berkerja, tak nak ada isu.

Korang tolong doakan aku dapat kerja lain ye, itu cara aku untuk selamtkan diri aku.

– Hasya (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM