Aku anggap tempat luahan ni lah sahabat, selain sejadah aku. Tasbih aku. Nak borak dengan orang sebelah dah nazak. Sebelah lagi termenung macam orang gila. Ke, aku yang gila? Aku dekat hospital ni.
Baru tadi aku kasi nurse cuci najis kat tiub ni, tukar tiub baru. Punggung aku dah disfunction. Tak leh berak ikut situ. Makanan yang aku boleh makan cuma bubur, nestum, oat..
Aku tak tau la sempat ke tidak luahan sampai habis sebab aku ada epilepsi. Ada masa aku akan terjatuh sendiri, menggeletar sampai gigil-gigil mulut keluar buih.
Nurse datang inject apa benda tah. Pastu kasi aku gigit sudu. Naik berparut lidah sebab gigi ketap kuat masa aku sawan tu tanpa aku sedar apa-apa. Tak dikawal maunya putus.
Aku tak boleh berjalan.
Tak boleh berdiri.
Haha. Muda lagi dah rasa tua beb, advanced kan?
Aku jeles tengok orang lalu lalang kat hospital ni. Sihat walafiat. Bertenaga, tak nampak pun bila dia orang nak mati. Dia punya segar tu macam boleh hidup 100 tahun hahaha.
Eh, aku pernah macam dia orang. Sihat. Berisi. Tapi sekarang tak cam tu dah…
Eh ni aku nk cerita jap.
Masa aku sihat dulu kan, aku selalu lumba motor dengan member. Masuk border thailand cari minah siam lawa-lawa, projek. Pastu, aku isap ganja. Ecstacy pun boleh tahan la, khayal indah-indah.
Dara perempuan aku pecahkan banyak. Aku biasa kalau projek skali, skali ah. Kau dah projek dengan aku tak ada dah aku pandang lagi. Aku akan cari minah ‘suci’ yang lain, pecah dia punya plak.
Ada yang pregnant, aku buat bodo. Kau nak suruh buaya tanggungjawab kat kau? Mimpi la…
Amacam heaven? Seronok kan life lama aku? Haha.
Beb, apa yang aku buat dulu bukan syurga. Aku sebenarnya jejakkan kaki dalam ‘syurga’ dajjal, macam syurga tapi neraka hakikatnya.
Malam lepas aku pecah dara anak ustaz, ustaz tu warak sangat agaknya, aku mimpi semacam malam tuh. Mimpi aku kena rejam dengan batu tengah-tengah hutan.
Seluruh makhluk rejam kat aku. Pokok, batu, gua, pastu ada benda ghaib tanam aku hidup-hidup pulak. Lemas tapi tak boleh nak jerit. Asal bukak mulut telan pasir asal bukak mulut telan pasir. Tak boleh buat apa.
Nafas sekat-sekat sampai dalam mimpi tu aku menangis. First time aku sebut nama Allah, aku kata, ya Allah ampunkan aku.
Lepas aku cakap macam tu tepi-tepi aku semua berpetir. Kepala aku kena petir skali, aku dah menggeletar tak nampak apa. Kepala sakit, badan dah tertanam dalam tanah. Tiba-tiba aku rasa ‘punai’ aku kena patuk.
Kau pernah rasa tak? Seluruh badan kau beku, then ada orang dera tempat sensetip kau? Kau pulak tak boleh nak lawan. Pernah?
Aku rasa macam dirogol dengan ular. Dia patuk ‘punai’ aku, sedut, pastu dia belit sampai putus. Air mata aku je bersuara masa tu. Suara aku ditarik. Aku jerit macam mana pun suara tak keluar.
Lepas tu aku dengar ramai-ramai budak nyanyi Asmaul husna. Tapi budak-budaknya tak ada. Suara je.
Situ aku dah rasa. Tuhan yang selama ni aku tak nak kenal dan langsung tak kenal, tengah murka kat aku.
Aku pernah tembak orang. Belasah sampai mati.’Kekah’. Rogol ex aku teruk-teruk sampai dia sakit jiwa sbb dia curang dengan member aku sendiri.
Apa je jenayah aku tak pernah buat? Mak bapak aku pun dah cop aku budak jahanam. Habis satu rumah bapak aku geledah nak duit. Nak emas. Nak beli ganja.
Tak payah cerita lah, tempat aku kat akhirat nanti neraka agaknya.
Balik pada mimpi tadi, aku terbangun badan aku berpeluh macam baru lepas mandi. Perempuan yang tidur dengan aku dah hilang.
Aku keluar dari hotel nak jumpa mak. Aku dah lupa syurga dunia aku. Aku cuma nak tengok mak.
Rumah mak bapak aku gelap, aku syak tengah tidur. Aku tekan bell tak bukak-bukak, malam sangat dah. Takkan pukul 4 pagi nak layan kerenah aku kan? Logik lah tu.
Aku blah pegi carik masjid. Carik carik, jumpa. Masjid tu terang sentiasa. Lampu kalimantang menyala-nyala, tapi tak ada orang pulak tahajjud ke, ape ke. Tak pe lah.
Terkenang-kenang mimpi petunjuk yang aku dapat, menitik air mata aku. Dengan diri aku yang baru lepas projek, aku rasa kotor.
Aku mandi kat toilet masjid. Mandi sambil menangis. Aku nampak berus, aku sental badan aku sampai luka. Aku ini hina.
Last aku sembahyang rasanya masa tu aku darjah 3. Masa tu aku anak murid kegemaran ustaz Fahimi. Otak aku cepat, boleh hafal 4 juzuk sepanjang darjah 3. Aku selalu solat berimamkan ustaz fahimi.
Aku sayang ustaz tu. Selalu belikan aku coklat, sponsor buku aku, mungkin sebab aku pandai, dan aku baik. Aku suka bagi makan kat kucing-kucing, duit belanja habis bagi makan kucing, kawan-kawan. Aku lapar pun tak apa.
Tapi sejak aku pindah sekolah, aku tak nampak ustaz fahimi dah. Aku jadi liar. Sampai jadi macam ni. Lepas badan dah luka disental-sental, aku bilas sampai bersih dan ambik wudhu’.
Ya Allah, sekiranya nikmat kesihatan ini yang membuatkan aku alpa, berikanlah aku kesakitan. Agar dosa-dosa yang banyak ini lupus segenap-genapnya, sehingga tiada lagi dosa yang akan menarikku, menahanku dari berjumpa denganMu dalam keadaan Kau redhai.
Aku doa untuk mak, bapak. Sedara mara aku. Perempuan-perempuan yang aku dah rosakkan.
Doa yang berulang-ulang sampai aku tertidur.
Esoknya aku tersedar, aku dikelilingi ramai orang yang lihat aku tidur, kata mereka, aku tidur lena sampai dikejutkan dengan kuat pun tak sedar.
Aku terkejut. Aku tak bersedia berjumpa orang baik-baik. Aku malu. Aku takut dikerumuni macam ni. Jadi aku lari. Lari turun melalui tangga masjid dengan cepat untuk mencapai selipar aku.
Akibat aku terlalu gopoh sampai tak nampak anak tangga, aku pun terjatuh. Kena kepala dulu. Akhirnya semua jadi gelap.
Aku sedar di hospital dalam keadaan kaki yang kebas, aku dah tak boleh berjalan. Aku disahkan sakit kanser akibat toksik, kimia yang terlalu banyak. Usus perut aku rosak.
Dan jadi apa yang aku jadi sekarang. Nampaknya Allah betul-betul makbulkan doa aku. Ternyata dosa aku tak terkira, sampai mati akan ku sakit begini.
Sakit. Perit. Kadang-kadang sakit dia macam nak ambik pisau, tikam diri sendiri biar aku mati. Aku tak tahan.
Tapi aku sedar aku hamba. Aku ada iman. Aku tahu ini akibat dosaku. Jadi aku tahan, Relakan, redhakan
Malah aku bersyukur. Sakit tapi hamba. Daripada sihat, cuba menjadi Tuhan.
Kawan, kalau kau fikir, dunia ni syurga. Bertaubat lah. Sebab, sungguh, dunia ini hanyalah sebuah persinggahan yang membohongi.
Haha.
Wei, doakan mak dengan bapak aku terbukak hati memaafkan anak dia yang tak guna ni. Aku pergi tak lama lagi ni.
Tapi aku tak boleh pergi dengan tenang kalau mak dgn bapak aku tak bersemuka dengan aku dengan senyuman beri ampun.
Kau beruntung, sihat tu Allah bagi lagi. Boleh tahajjud. Aku ni tiap kali sembahyang kena bukak tiub dulu, kena mandi dulu.
Tapi alhamdulillah solat aku cukup 5 waktu sepanjang 4 tahun duduk hospital ni.
Haha. Selagi nyawa dikandung badan, kau cacat segala anggota pun, kau tetap hidup beb. Tetap hidup untuk menjadi hamba.
Maka kau jangan sia-siakan.
K ah.
Jumpa lagi. Kat akhirat kelak.
– Kai