CERAIKAN SUAMI

Aku dah kahwin. Aku kahwin dengan suami tercinta lepas 2 tahun kami berkawan. Dalam masa 2 tahun tu aku banyak kali nak putus sebab rasa macam tak serasi dan tak yakin. Tapi  tak putus jugak.

Dia tak nak lepaskan aku. Aku terpikat kat dia jujurnya sebab dia cute. Lepas dah kawan, aku find out yang dia boleh tolerate dengan perangai-perangai aku.

Perempuan kan banyak perangai lagi-lagi time nak datang bulan. So aku go on je walau hati aku ni was-was.

Aku kahwin 6 tahun lepas. Sehari lepas aku nikah ada sorang mamat ni message aku, “Si L tu suami ko kan. Baik ko jaga dia elok-elok. Luar macam malaikat. Tapi belakang macam sial. Dasar main kayu tiga.”

Aku ingat lagi message mamat tu camni. Aku cuak! Pastu aku mula selidik-selidik, tanya kawan-kawan dia. Tapi semua orang cakap suami aku baik. Jadi aku decide abaikan je.

3 bulan lepas kahwin, aku mengandung. Morning sickness aku teruk. Orang lain sampai 3 bulan je. Aku sampai 8 bulan! Asik nak muntah je kerjanya.

Lebih menyedihkan, bulan 6 pregnancy, aku terbaca message FB suami aku dengan perempuan lain!

Bercinta! Aku tak cari pun, tapi Allah nak tunjuk. Dia lupa logout FB. Makin aku scroll message message tu makin aku menyirap tak tahan!

Aku tak sangka sangat-sangat suami aku yang nampak baik, nampak alim, soleh kat luar tu betul-betul buat aku macam tu! Terus aku teringat message mamat dulu tu. Aku cuba message dia malangnya dia tak balas.

Malam tu, aku tak tanya direct suami aku ada prerempuan lain ke tak. Aku nak test dia je.
“U sayang i tak?”
“Sayang.”
“Sayang i sorang je ke?”
“Ye lah u sorang je. Mana ada orang lain. Kenapa tiba-tiba tanya camni?”
“Nothing, jusk asking..”

Tapi dalam hati aku, darah ni mendidih-didih sebab dia menipu! Aku baca message-message dia, penuh sayang-sayang dengan perempuan tu. Siap nak jadikan number 2 lagi!

Helo, hutang kau belambak, duit dapur pun aku yang topap, ada hati nak bini 2!

Aku tahan sangat-sangat semua perasaan marah sedih geram. Dan buat macam biasa. Esoknya, aku copy segala-gala dan aku simpan. Ni bukti ko curang dengan aku dan aku akan guna satu hari nanti.

Tak sampai setahun kahwin lagi ko dah buat perangai! Disebabkan aku dok rumah je sorang-seorang, lama-lama pecah juga empangan air mata ni. 4 hari 4 malam aku menangis tak berenti! Dan tak bercakap 1 patah perkataan pun!

Suami asik tanya kenapa kenapa. Dia cuak. Hari ke 4, aku decide, aku cakap,
“Lepas lahir baby ni, kita akan duduk asing. U nak buat apa, buat lah. I dah tak nak heran.”

Dia sangat-sangat terperanjat. Dia asik tanya kenapa. Lastly aku cakap, tengok FB.

Bila dia buka FB dia, baru dia tau ya g aku dah baca message perempuan tu. Dia hanya diam tanpa penjelasan apa-apa. Minta maaf? Langsung tidak!

Bila aku tanya-tanya nak minta penjelasan, sama ada dia pura-pura tidur atau hanya geleng kepala dan cakap ‘tak’. Maacm tu je berhari-hari. Geram giler tahap gaban suami macam ni.

Bila dah lahir baby ni, aku macam tak reti handle sorang-sorang. Yelah first time. Suami banyak tolong mandikan, siapkan baby semua. Bila aku tengok contribution dia, lama-lama aku sejuk. Aku maafkan dia dan aku decide untuk lupakan je hal-hal lama.

Malangnya! Sekali lagi, 3 tahun lepas tu, aku disahkan mengandung anak kedua. Sama juga, 6 bulan kandungan, aku terbaca dia wasap perempuan yang sama!!

Ya Allah aku ingat selama ni dah takde! Rupanya masih berhubung! Suami yang sangat tak tahu malu! Memang kali ni aku nekad lagi. Lahir baby ni aku nak pergi mahkamah terus!

Aku sekali lagi menangis macam orang gile tapi kali ni hanya sehari. Aku asik tanya untuk dia jawab betul-betul, kalau suka sama suka, kahwin je. Aku tak nak jadi penghalang. Aku boleh pinangkan untuk dia. Dengan syarat lepaskan aku dulu.

Dia asik geleng tanpa penjelasan dan menangis sama. Waktu dulu juga aku cakap yang sama. Nak pinangkan untuk dia tapi dia tak nak. Namun, nekad hanya tinggal nekad. Aku tak pergi lagi court sampai sekarang.

Baby aku pun dah setahun. Sampai sekarang aku tak tau dia dengan perempuan tu macam mana. Tapi aku ada cakap, kalau berlaku lagi sekali, aku tak akan maafkan dan aku akan terus bagitau mak dia.

Mak dia ialah kelemahan dia. Dia memang takut aku bagitau mak dia sebab mak dia mesti akan bash dia hidup-hidup.

Sebenarnya, bukan masalah perempuan je yang buat aku tak tahan. Dia juga kaki game online. Pernah ada satu masa dia habiskan beribu untuk naikkan level game dia.

Dia asik cakap takde duit. Sedang aku dan anak aku, hari-hari hanya makan telur, nasi dan kicap. Tiap-tiap bulan meminjam orang! Sampai bergaduh dengan anak sebab anak nak main dengan dia, dia marah-marah jangan kacau dia main game.

Ada satu ketika anak aku tarik seluar dia nak main sama-sama, tapi dia tepis anak aku sampai terjatuh dan dia terus sambung game tanpa rasa besalah. Anak aku menangis, dan aku dengan hilang sabar terus baling remote sampai berkecai.

Aku bukan jenis baling-baling atau meroyan-royan. Aku jenis simpan, cool dan seboleh-bolehnya berdiplomatik dalam segala urusan. Ye memang merimaskan sebab tak boleh nak let out. Tapi itulah aku.

Satu hari aku cakap, kalau pinjam orang lagi, main game lagi, habiskan duit lagi, aku baling handphone tu sampai pecah dan kau tengok aku mati. Waktu tu dia pura-pura tidur.

Tak sangka esoknya, dia berubah. Dah xtak main game. Mula tidur awal sama-sama aku dan anak. Kalau tak, aku tidur pukul 11 malam, dia tidur pukul 3 4 pagi. Banyak kali jugak kami tidur asing-asing.

Malangnya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Sekarang dia dah mula perangai game dia semula. Aku dah tak tahan.

Sebab bila dia dah start main game, berjam-jam mengadap handphone dia tak akan hirau apa-apa yang berlaku sekeliling. Lagi satu, bila dia dengan handphone, aku dah tak percaya game semata. Mesti ada chat dengan perempuan lain.

Selain itu, solat suami memang tak cukup 5 waktu. Ye itulah punca segala masalah! Aku banyak kali pesan, jangan tinggal solat nanti kita gaduh lagi. Tapi sekali pesan sekali je buat. Lepas tu tak buat. Aku rasa dah tak nak jadi penasihat dia lagi.

Banyak lagi unsur-unsur lain yang buat aku give up dan fedap sebenarnya. Antaranya, famili dia ingatkan aku yang kontrol duit suami dan tak bagi suami duit.

Aku dengan mak mertua memang tak baik sangat sebab kejadian duit hutang yang suami patut bayar, tak dibayar, dulu-dulu waktu 1 tahun kahwin. Aku jenuh pertahankan suami sebab suami aku memang takde duit time tu.

Tau mak dia ckp apa?
“Ko baru kahwin, tapi rumah ko lengkap semua. Mewah!”

Ya Allah nak tercabut pinggang rasa! Tu duit aku kumpul! Tak guna langsung duit anak dia. Duit aku kumpul time kat universiti buat partime mcacam-macam.

Dan banyak sangat barang, mak aku yang sponsor dan hadiah. Mak mertua? Bagi periuk 3 bijik je! Aku cukup-cukup terasa! Tapi aku amik keputusan untuk diam sebab tak nak keruhkan suasana.

Bapak mertua aku pulak siap sound, “Ko orang luar jangan campur urusan rumahtangga aku.”

Yang ni aku sentap gile-gile. Ok fine, aku kahwin dengan anak ko, aku panggil ko bapak, tapi ko ckp aku org luar. Fine, ko hidup la baik-baik ngn bini baru ko.

Start dari peristiwa-peristiwa tu aku mmg tak nak ada hal or tak nak ada isu dengan famili suami.

Sekarang aku dengan suami jarang bercakap dan dah tak tidur sekali. Aku memang nak sangat ceraikan suami aku. Tapi dia tak nak ceraikan aku.

Aku banyak kali mintak selesai cara elok. Tapi dia tak nak. Aku buntu! Aku sangat tak tahan dengan habit dia. Biar la perempuan lain yang jadi isteri dia, jaga dia, sayang dia. Aku dah give up! Dah fedap!

Of course aku solat. Aku orang yang sentiasa ingat, bahawa takde kuasa ataupun kejadian melainkan Allah yang mengizinkan. Aku orang yang sangat yakin dengan Allah.

Tapi yang ni aku dah tak boleh tolerate. Aku dha sampai tahap tepu yang tak boleh langsung dipujuk-pujuk. Aku nak ceraikan suami aku! Tolong! Macam mana!??

– BMW