Ayah aku autistic umur dia dah 52 tahun. Korang pernah dengar austism tak? Selalu kita tengok austism dalam kalangan kanak-kanak, so bayangkanlah nak handle austism dewasa usia emas ni.
Aku anak sulung, ada sorang adik. Masa kecik aku tak perasan sangat perangai ayah aku ni. Cuma aku tahu dia selalu kena bebel dengan mak aku.
Kadang-kadang kan mcm nak susun barang dalam rumah, nampak obvious sangat yang pemikiran ayah aku ni macam lembab sikit. Bukan aku nak hina tapi itulah kelemahan ayah aku. Sedih tengok ayah aku.
Lagi satu dia ada masalah percakapan. Biasalah kalau austism ni kadang-kadang speech impairment dia pun effect. So bila dia cakap memang tunggang langgang, panik tak bertempat.
Ayah aku actually bijak zaman muda-muda dia, tapi biasalah orang dulu, takde duit memang tak jalan la kau ke university. Dia pernah masuk U tapi drop jugak masa 2nd year.
Sekarag ayah aku ada darah tinggi, dia kuat sangat fikir selalu berkerut dahi sampai nak tidur pun boleh berkerut lagi . Aku syak sebab dia kecewa kenapa diri dia macam tu. Sebab tu la dia stress sampai darah tinggi .
Dia tak reti mengaji. Dah berapa tahun asyik belek Iqra level 1 tu ,ulang-ulang benda sama sorang-sorang pakai cermin mata. Struggling sebut huruf-huruf tu.
Baru-baru ni time cuti ayah aku pengsan dekat tandas, time azan subuh dekat rumah. Katanya pening, aku syak dia nak kena strok tu. Aku jaga dia haritu, urut-urut kepala, leher dengan kaki dia nak bagi darah jalan.
Aku sebak betul bila baca pasal ayah-ayah yang curang la kahwin senyap-senyap la, tak kerja harapkan isteri la.
Dulu aku merungut kenapa la ayah aku ni slow lembab etc ,ayah orang lain awesome, kaya, bijak etc. Tapi bila baca pasal ayah-ayah certain confessor aku rasa bersyukur sangat.
Kalau austistic memang akan ada kekurangan berbanding orang normal. Jadi bila buat kerja tu of course la ada cacat cela dia.
Tapi ayah aku, demi Allah sejak aku kecik dia non stop kerja , tukang masak ,tukang buat air dekat restoran. Dia pernah try kerja kontraktor buruh, tapi sekejap je, katanya penat.
Sebenarnya mak aku cerita dekat aku, ayah kena sisih dengan orang-orang site bangunan tu sebab dia slow learner. Ya Allah aku type ni sebak sangat.
Hari ni kena buang kerja/berhenti kerja esok lusa dah ada kerja baru, dia buat kerja-kerja simple. Buat masa ni dia jadi guard jaga untuk sara kami keluarga. Mungkin itulah kerja yang sesuai dengan dia.
Kami tak pernah hutang-hutang orang. Siap kami yang bagi hutang dekat orang sebab kesian tengok orang kesusahan.
Kalau baca statistic gaji RM2000 tu miskin la duduk KL. Memang pun aku miskin RM2000 tu kombinasi gaji ibu ayah la kami guna cukup-cukuo untuk sebulan. Tapi aku bersyukur ramai lagi orang dekat luar sana siap tidur bawah jambatan lagi sebab miskin sangat.
Nasihat aku dekat laki-laki luar sana, korang sempurna akal, sihat tubuh badan, jangan la dayus dalam jalankan tanggungjawab.
Ayah aku austistic, lembab, slow, cakap berterabur pun tak pernah stop kerja. Sangat ambil berat dengan pelajaran anak-anak. Rajin tolong kami buat kerja rumah.
Dia takde kawan, satu sebab alienation -golongan bawahan yang kerja tanpa henti sampai takde masa nak bersosial. Sebab kedua keadaan mental capacity dia yang sedikit terhad berbanding orang lain.
Aku harap dapat bawa parents untuk convocation aku lagi 3 tahun.
Lepas ni parents aku boleh rehat-rehat tak payah kerja dah. Biarlah aku jaga mereka. Nanti nak bawa parents pergi umrah, melancong.
Ya Allah.. Aku berdosa sebab pernah kecewa kenapa ayah aku mcm tu. Padahal dia la ayah terbaik anugerah Allah. Maafkan saya ayah. Saya sayang ayah.
– Tun Teja