Atasi Tekanan Dengan Bersyukur

Assalamualaikum, saya pendosa. Lately ni ramai sangat orang tertekan kan dengan masalah ekonomi, masalah peribadi, kesakitan kemiskinan dan macam2 lagi.

Saya nak share 1 tips yang berkesan untuk diri saya setiap kali saya diuji Allah dalam apa soal pun. Tips ni saya combine dari 2 orang pendakwah yang telah saya ringkaskan intipatinya.

Yang pertama, ceramah Ustazah Asma. Dia cakap kadang2 bila kita sakit apa2, kita jarang bersyukur mengingati anggota lain yang sihat.

Contohnya kita sakit lutut, tapi kita hanya focus pada lutut yang sakit tu ja, sedangkan anggota lain yang Allah bagi sihat tu kita tak ingat.

Kita tak bersyukur dengan nikmat yang sihat tu yang dah lama Allah bagi pinjam.

Dia cakap cuba lepas ni masa kita sakit kita cakap alhamdulilah sebab anggota yang lain masih sempurna dan tak sakit, dan cuba lihat kesan dia, mesti tak lama lagi sembuh sakit kita tu.

Yang kedua, ceramah Ustaz Wadi Anuar. Ustaz cakap bila kita diuji tanda Allah sayang, tapi yang kita kena takut bila kita langsung tak diuji.

Bukan kita nak mintak musibah, tapi takut Allah dah benci kita sampai dah tak mau uji apa2. Jadi takutlah bila kita ni lama sangat tak rasa apa2 ujian.

Dua ceramah ni sangat lekat dihati saya kerana menyedarkan saya untuk sentiasa bersyukur dan latih hati untuk sentiasa rasa takut andai tidak ditimpa ujian.

Sekarang ni bila saya diuji, saya akan tadah tangan dan akan cakap “ya Allah, alhamdulilah syukur pada mu kau bagi aku ujian, kau bagi aku sakit, sekurang2nya aku tahu kau masih sayang aku.

Dan saya praktik ayat ni dalam hidup saya setiap kali saya sakit, ada masalah kerja ke rumah ke, atau apa pun kesusahan dan tekanan saya masa tu.

First time saya buat tu masa saya tengah gastrik teruk, dan ajaib sangat saya rasa, bila baca macam tu, dalam berapa minit tu sakit saya ansur2 hilang, sedangkan saya belum makan ubat masa tu.

Lepas tu saya praktikkan langkah yang sama bila saya kena dugaan2 lain, memang terasa hati ni jadi lapang dan ringan lepas ucap macam tu. Minda pun rasa tenang walaupun ujian tu rasa sangat berat.

Perasaan dia macam seolah2 kita jadi redha dengan keadaan tu dan saya perasan tekanan tu cepat beransur pergi.

Saya juga mudah mendapat pertolongan dan solution untuk setiap masalah saya termasuk masalah kesihatan.

Kita sekarang di akhir zaman ni memang terasa bahang depressionnya tambah2 orang susah dengan masalah kenaikan harga barangnya, tu tak termasuk masalah2 lain.

Bila dalam tekanan, 1 saat cukup untuk kita hilang kawalan dengan hasutan syaitan sampai sangup bunuh orang, bunuh diri.

Sebab tu Allah berfirman dalam surah ar rad ayat 28, ‘hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan tenteram’.

Mengingati Allah ada banyak cara kan, dan ini cara saya meningati Allah ketika saya diuji dan kerana cara ni berkesan untuk kehidupan sehari2 saya,

Maka saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua tips ni dengan niat kerana Allah. Semoga perkongsian ini membawa kebaikan.

– Pendosa (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM