Apa Beza Aku dan Dia?

Assalamualaikum. Salam sejahtera untuk semua. Siapapun kamu dari mana pun kamu semoga sentiasa bahagia. Aamiin.

Di akhir ini ramai mengeluh tentang diri sendiri mencipta perbezaan kehidupan sendiri dengan kehidupan orang lain mewujudkan jurang diri sendiri dengan yang lain,

Ketika merasa di bawah saingan timbul iri hati hasad dengki jauh dari mengsyukuri keberadaan diri malah menghina diri sendiri.

Sempurna atau cacat menawan mahupun kurang miskin sekalipun papa ketahuilah semua itu tidak pernah menghasilkan kebahagia jika kamu tidak menghargai dan mengsyukurinya.

Kebahagian bukan terhasil dari perbezaan kebahagia tercipta dengan menerima segala keberadaan diri redha dan ikhlas hargai kehidupan sendiri.

Bahagia atau sengsara yang kini kamu rasai bukanlah dari mereka melainkan dari kamu sendiri. Merendahi manusia lain tidak ubah merendahi diri sendiri.

Bukanlah kamu menghina kemiskinan mereka cuma kamu memberitahu mereka “aku orang kaya bahkil” jika tidak pasti mereka juga kaya.

Makna hidup.

Apabila kamu dilahirkan menjadi seekor ayam maka hiduplah kamu sebagai seekor ayam tidak perlu mengeluh atau menekan untuk hidup layaknya burung kerana jika kamu sering begitu kamu tidak akan pernah menikmati hidup sebagai seekor ayam.

Posisikanlah dirimu serendah rendahnya agar tidak ada yang akan merendahkan diri kamu lagi.

Posisikanlah diri kamu serendah rendahnya agar kamu boleh hidup dalam kondisi apa pun dan menikmati kehidupan merasai kebahagian.

Di akhir kata.

Segunung langitpun harta kamu miliki sekalipun segenap manusia memuji keindahan kebijakan dirimu percayalah semua itu tidak pernah menjamin kebahagian.

BERSYUKURLAH.

Dan sentiasa bersyukur jadilah manusia yang pandai bersyukur dan tahu berterima kasih kepada Allah.

– Ikhwan (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM