Baru-baru ni aku ada baca cerita tentang “kakak iparku” yang kecoh sampai semua page masuk. Aku yakin Maya tu adik aku, walaupun dia tak letak nama sebenar dia dan Ana tu memang bini aku.
Aku terpanggil nak confess kat sini lepas aku jejak, rupanya sini startingnya. Sebok je dia nk cakap hal kami. heee
Ada yang tanya macam mana aku test bini aku. Sebenarnya aku kenal bini aku kt fb. Aku nampak dia komen something kat page oh media tak silap aku. Nampak kelakar aku terus add. Lama jugak baru dia approve.
Dah sebulan lebih chatting kt fb, aku whatsapp dia konon-konon nak beli barang sebab memang dia ada meniaga online masa tu. Memang aku terpaksa beli la kan dah nak berlakon sangat.
Aku tak mention pun aku kawan dia kat fb. Lepas dah sampai barang aku konon-konon call dia, “Kenapa barang tak sampai lagi ya…?”
Masa tu la first time dengar suara dia, aku jatuh hati. Bergetar habis jiwa raga. Tapi lepas tu kantoi dia check tracking barang tu dah delivered, atas nama aku sendiri.
Memang aku bodoh sikit la masa tu sebab aku tak tahu barang poslaju boleh track. Aku tipu cakap adik aku yang terima tapi lupa bagitahu heee..
Dah lama sikit whatsapp dengan dia aku cakap aku ada hal nak ke negeri dia, mintak tolong dia ambik. Ana mula-mula tak nak. Lepas aku merayu baru dia setuju. Untuk pertama kalinya aku naik bas long trip punya la letih.
Ana datang jemput aku kat stesen bas lepas subuh. Masa tu gelap aku tak nampak sangat muka dia, tapi pagi-pagi lagi suara dia dah ceria. Lepas rehat kejap kat masjid, aku mandi solat aku pergi kat kereta, baru celik sikit mata aku.
Memang mula-mula tengok Ana, kulit dia agak gelap sikit, parut jerawat pun banyak, tak jatuh cinta pun aku masa tu. Rasa macam nak balik pun ada. Entahlah. Aku terus takda mood aku diam je dalam kereta last-last aku tertido.
Aku bukak mata tak tahu la kat mana aku masa tu, Ana pun tido jugak kat sebelah. Dia park kereta bawah pokok dekat dengan mall. Aku panggil dia, dia bukak mata pastu marah aku. Tido mati nak pergi mana pun tak tahu, urusan apa pun tak tahu.
Dia kejutkan pun aku tak bangun. Aku buat-buat terkejut then bagitahu dah termiss waktu jumpa dengan client, padahal memang aku takda urusan apa pun.
Ana bawak aku gi makan, sedap juga la. Kedai kopi je tapi makanan dia semua best-best. Aku memang jenis kuat makan lepas satu, satu aku cuba.
Ana yang dari tadi masam muka pun tergelak dia perli kat makcik kedai tu, kata dia bawak dinosour datang makan.
Ana bawak aku pergi banyak tempat jugak la, tapi mana-mana je dia pergi mesti jumpa orang kenal. Ana memang friendly dengan semua orang kot. Aku pun makin selesa dengan dia. Dia tak gedik pun, memang treat aku sepatutnya sebagai seorang kawan.
Sampaikan bila ada sorang mamat ni bersembang mesra dengan Ana, aku rasa macam cemburu, macam ada orang tengah tackle orang yang aku suka.
Masa pergi bank Ana terserempak dengan kakak dan anak-anak buah dia. Berlari dua-dua orang budak tu peluk Ana. Pastu tak nak lepas, nak ikut Cikna, nak ikut Cikna.
Slowly aku mula nampak kualiti yang ada pada bini aku tu. She is nice with everyone, and layan budak-budak pun pandai. Senyuman pun manis. Heeee ayat dah start jatuh cinta la kan.
Lepas tu kitorang semua pergi kat taman, aku dukung budak, Ana pimpin yang lagi sorang. Time tu la perasaan aku lain sangat. Rasa macam dukung anak sendiri, rasa macam bini kat sebelah tengah pimpin anak. Rasa macam terus nak kawin time tu jugak.
Banyak yang aku uji Ana, aku tak tunjuk pun aku orang senang. Aku cakap aku takda harta benda, takda kereta, keja pun meniaga pasar malam je.
Tapi mula-mula Ana reject aku tau, sebab katanya dia tak minat orang kulit cerah macam aku, sebab nampak manja. Lagi pun handsome-handsome susah jaga heee…
Aku putar belit ayat cakap, atau sebab aku orang susah dia tak nak kat aku. Ana cakap kalo berani masuk la meminang. Ana akan terima sebab nak buktikan Ana bukan pandang harta je.
Lepas pada tu aku desak-desak ummi suruh pergi meminang sebab seriously lepas jumpa Ana, aku takut sangat kalau-kalau jatuh ke tangan orang lain.
Bila dah meminang, ummi sarung cincin kat Ana baru aku lega. Malam tu Ana call nangis, cakap kesian kat aku sebab family dia letak hantaran RM13k. Ana kesian kat aku sebab takut aku tak mampu, pastu janji nak kumpul duit sama-sama. Aku gelak kekekeke dalam hati je la.
Hadiah hantaran semua dia beli yang berguna untuk orang susah macam aku, macam phone baru, jam baru, kasut comfort.
Bila dah kawin kantoi aku dah pakai iphone sebenarnya, dah ada kereta, dah ada jam mahal. Merajuk jugak dia. So terpaksalah aku letak tepi iphone aku, pakai samsung yang dia bagi tu dan jam casio.
Dah tak tau nak cakap apa, cumanya aku dah banyak pengalaman dengan awek-awek lawa ni, semua tak menjadi.
Ramai yang pandang harta dan rupa. Ada yang curang, ada yang nampak sangat jenis pisau cukur. Belum lagi yang mengada-ngada gedik bagai.
Bagi aku la, Ana ni anugerah Tuhan yang sempurna untuk aku. Terima kasih Ana hadir dalam hidup abang dan family abang.
– husband