Ajar Anak Kena Dapat Nombor Satu

Saya sekeluarga menetap diluar negara. Saya volunteer seminggu sekali untuk mendengar pelajar darjah 1 membaca disekolah anak saya.

Sehari sebelum saya mendengar seorang pelajar bernama A membaca, sekolah mengadakan perhimpunan dimana kelas anak saya dan kelas pelajar A present, jadi kami ibubapa kelas tersebut dibenarkan hadir.

Sebelum A mula membaca, saya memberitahu A kelasnya membuat presentation yang sangat bagus.

Saya bertanya kepada A, dia menjadi haiwan yang mana (presentationnya tentang haiwan). Dia berkata dia,

“Harimau, host dan juga Nombor 1! Ayah saya cakap saya nombor 1 kerana saya memulakan presentation, saya juga host dan saya yang menutup presentation”… Dia mengulang ayat saya nombor 1 beberapa kali.

Kemudian saya teringat ayahnya memang ada duduk dibelakang saya dan suaranya agak kuat. Di menceritakan tentang anaknya pada seorang bapa disebelahnya dengan nada yang bangga sambil menunjuk pada anaknya.

Kata-kata pelajar A mengingatkan saya tentang kisah Jason Reid, seorang usahawan dan penulis yang anak remajanya membunuh diri.

Jason berkata kesilapan terbesar yang dilakukan olehnya sebagai seorang bapa adalah tidak menceritakan kegagalan dalam hidupnya.

Jadi anaknya walaupun mempunyai masalah, dia beranggapan dia perlu tabah dan sentiasa cemerlang macam bapanya dan simpan dan pendam perasaan dan masalahnya sehingga suatu hari dia mengambil tindakan untuk membunuh diri.

Tujuan saya menceritakan kisah ini adalah untuk kita ibubapa. Jangan terlalu tekankan pada anak kita untuk mendapat Nombor 1 dan Straight A. Bukan semua orang mampu buat sedemikian.

Kita juga perlu bercerita dengan anak kegagalan dan kesusahan yang kita hadapi supaya anak-anak tahu ini semua normal dan cabaran hidup yang perlu dilalui.

Ibubapa perlu vulnerable atau rendah diri dan lebih terbuka supaya jika anak kita gagal atau tidak mendapat pencapaian yang diharapkan, dia boleh luahkan pada kita dan dia tidak berasa malu kerana dia tahu ibubapanya juga pernah gagal dahulu.

Walaupun perlu memuji anak, kita juga perlu berpada dalam memberi pujian supaya anak tidak rasa tertekan.

Sebagai Muslim kita juga harus mendidik anak untuk mengucapkan Alhamdulillah untuk setiap pencapian dan sandarkan pujian pada Allah yang telah mengizinkan.

– Izara (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM