Terima kasih admin IIUM Confession kerana sudi siarkan confession saya. Saya harap cerita saya ini dapat beri pengajaran pada semua yang membaca supaya lebih berhati-hati.
Saya tidak tahu mahu mula dari mana. Maafkan saya kalau penulisan saya kurang baik. Saya harap semua orang boleh faham.
Saya ada seorang kenalan yang saya kenal waktu sekolah. Waktu sekolah tidaklah begitu rapat tapi kemudian masing-masing lost contact.
Yang saya tahu dia sudahpun berkahwin selepas SPM.
Tapi saya terjumpa semula di Facebook tahun 2015. Dia yakinkan saya dan kawan yang lain dia adalah kawan kami. Kami keep in touch.
Saya pun bukan orang yang selalu komen di status orang lain. Hari demi hari saya makin pelik kenapa dia cerita di Facebook tak sama lansung dengan orang yang saya pernah kenal?
Dia tulis dia dilahirkan di luar negara sedangkan dia lahir di Sabah saja bah. Dia cerita dia umur 30 an sedangkan kami semua sudah 40 an?
Kenapa muda 10 tahun dari umur saya? Dia tulis dia aktif di sekolah sedangkan dia bermasalah di sekolah? Banyak kejadian lagi lansung saya rasa tak kenal siapa dia. Bila masa semua kejadian tu berlaku?
Dan lagi saya keliru sejak bila dia seorang mualaf? Adui na.. Kenapa hujung nama dia ada nama bukan Islam? Setahu saya dia dilahirkan Islam dan semua ahli keluarga dia lahir Islam?
Saya lihat dia makin berjaya. Dia sekarang tulis buku. Bila saya singgah kedai buku saya lihat sedikit kandungan dalam buku dia. Semuanya cerita tentang hijrah dia dari bukan Islam hingga masuk Islam.
Saya sendiri keliru sekarang. Saya tanya kawan-kawan pun mereka pun terkejut dan tak faham kenapa dia mesti menipu?
Bila saya cari dia sudah hilang akaun Facebook dan Instagram. Lebih mengejutkan banyak artikel dari majalah online tulis tentang kehidupan dia.
Mungkin ada saja yang sayangkan dia dan percayakan semua cerita dia tapi mereka pun semua pasti tidak pernah jumpa dia. Saya lihat ramai mereka yang famous baik sama dia.
Tapi mereka tidak tahu dia ini hidup dalam imaginasi sendiri. Imej dia solehah tapi sampai hati menipu orang lain dan agama sendiri.
Tidak perlu menipu orang untuk hidup berjaya. Hidup pasti ketakutan kerana sentiasa buat salah. Jujurlah dalam setiap apa saja kita lakukan. Manusia mungkin boleh ditipu tetapi Allah sentiasa tahu kamu menipu.
Janganlah mudah percaya seseorang jika kamu sendiri tak pernah kenal siapa dia. Kalau kenal di facebook saja simpankan sedikit rasa tidak percaya.
Pesan juga dengan anak-anak kita kalau kenal di media sosial ini jangan mudah percaya.
Saya pernah baca banyak orang ditipu dengan lelaki yang gunakan gambar tampan untuk pancing perempuan. Habis duit ringgit, gambar tidak sepatutnya diberi kerana sudah percaya, sayang dan sanggup buat apa saja.
Semoga cerita saya jadi teladan buat semua.
– Daisy (Bukan nama sebenar)
Sumber : IIUM Confession – BM