Reply: Suamiku Househusband

Reply, (https://iiumc.com/suamiku-househusband/).

Hi Nama aku N (nama samaran) aku nak cerita sikit perihal suami aku seorang house husband 2 tahun lepas. Lama oii. Okay kita mula…

Bismillah. 2020 adalah tahun pembelajaran bagi kami sekeluarga. Husband aku ni kerja freelance. Bila start Covid-19 memang langsung tak ada job.

Korang bayangkan dari pendapatan yang mencecah 5 angka terus 0. Masa tu aku kerja tapi pendapatan dalam 2k sebulan. Korang bayangkan?

Dengan anak baru 6 bulan masa itu expenses banyak nak cover. Monthly commitment lagi.

Tapi aku syukur betul sebab husband aku jenis tak reti berhutang. Dan Alhamdulillah kerajaan umum moratorium kurang sikit beban kami sekeluarga. Tapi ada lagi satu hikmah yang aku belajar.

Alhamdulillah walaupun suami aku house husband masa tu aku bersyukur sebab at least anak aku terjaga. Makan dia persekitaran dia. Anak jadi rapat dengan suami.

Bab rumah jangan cakap lah tip top sebab aku tak perlu fikir nk basuh baju kemas rumah semua siap. Tugas aku memasak sahaja.

Walaupun mengharapkan pendapatan aku sorang je tapi Alhamdulillah semua cukup. Ada duit lebih kita makan sedap sikit, ada duit lebih kita beli barang sikit.

Suami aku selalu pesan ingat rezeki Allah tu luas. Rezeki Allah tu bukan dalam bentuk duit je.

Tipu lah kalau kata tak sedih masa tu ala biasa lah bisikan syaitonn ni nak rapuhkan hati kita.

Tapi satu benda yang kita kena percaya bila kita ikhlas insyaallah Allah bagi yang lagi baik untuk kita. Macam aku Alhamdulillah semua interview aku pergi semua aku dapat.

Paling tak sangka gaji boleh naik mendadak. Mungkin salah satunya doa suami aku jugak.

Sekarang Alhamdulillah suami aku dah mula kerja awal tahun hari tu. Dah tamat 2 tahun diploma house husband dia hahaha eh lawak je.

So untuk confessor aku boleh cadangkan untuk berlapang dada. Bersyukur walaupun suami Puan tidak berkerja dia ringan tulang untuk benda lain. Kalau yang jenis duduk main game tu memang patut lah kau hamuk.

Allah uji sebab Dia sayang. Percaya padanya. Minta dia luaskan semuanya. InsyaaAllah yang baik2 untuk Puan. Pucuk pangkal jangan merasakan kehidupan Puan terlalu susah sampai Puan rasa terbeban.

Yang pernah melalui dan dikasut yang sama,

– N (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM