Aku Yang Tengah Busuk Hati

Assalammualaikum semua. Aku straight to the point. Ada ke pernah rasa macam aku ni?

Aku meluat dan ada rasa nak je pukul atau tengking anak sedara aku sorang ni. Umur dia baru 3 tahun.

Aku rasa berdosa sangat ada perasaan mcm ni. sebab aku juga seorang ibu. Aku sepatutnya jadi entiti yang penyayang. Tapi aku tak mampu rupanya.

Perasaan ni timbul bila setiap konflik antara anak aku dengan anak sedara ni, mesti kedua-dua mertua & ipar duai akan menangkan anak sedara aku. Baru 2 cucu. Beginilah jadinya.

Tambah pulak, anak sedara aku tu datang dari benih anak perempuan mertua aku.

Aku jadi kesiankan anak aku yang baru umur 3 tahun masa budak tu setahun. Sekarang anak aku 5 tahun. Anak aku kena jadi “big boy” seawal usia itu.

Bukan untuk adik sendiri. Adik sedara pulak tu. Apa apa hal, mak mertua aku asyik nak marahkan anak aku. Anak aku kena beralah. Anak aku lah buruk. Anak aku ditengking tengking sesuka hati. Masa umur dia 3 tahun!!

Tapi bila anak sedara aku dah capai 3 tahun, semua cakap dia kecik lagi. Tak paham lagi. Habis tu? Anak aku dulu faham?

Sedangkan anak sedara aku sikit punya melampau perangai. Baling baling barang dekat orang. Rosakkan barang orang. Kalau nak sesuatu tu, mengamuk nak kan jugak.

Anak aku macam budak lain. Dia akan defensive. Orang nak rebut toys dia, dia pertahankan. Orang pukul dia, dia suarakan. Tapi anak aku yang kena balik? Anak aku dikata pulak “yang sorang ni pun bg jela toys tu. Beralah jela!”

Aku jadi serba salah nak handle situation mcm ni. Bagi aku, nak toys, ajar minta baik2. Kalau pukul orang, kena tegur itu salah! Nak sesuatu yang tak ada, cakap sahaja tak ada. Tak boleh cari benda tu skrg. Itulah mendidik!

Pernah je aku marah anak sedara aku tu sebab melampau perangai dia sampai cederakan anak aku, alih2 aku kena dengan mertua pulak!

Bapak mertua aku cakap, “kesiankan lah dia, dia tu budak tak ada ayah!” Lah pulak! Budak ni kena ajar. Aku yakin mertua aku dulu pun tak ajar anak macam ni. Tiber yang sorang ni, lain macam betul.

Semua orang pun mengikut jela kehendaknya. Tak ada di kata no, seberang lautan pun dicarinya jugak. Budak tu, tak pernah rasa tak dapat apa yang dia nak.

Ini kalau ikutkan hati jahat aku nak aje panggil dia, “Woi budak cacat!”

Macam nak cakap macam tu. Kejam kan aku? Jahat kan aku? Ye aku tahu. Tapi aku masih waras. Aku mampu menjerit dalam hati jela.

Lagipun aku pun takut dengan kifarah.

Anak sedara aku ni speech delay. Aku dah lama perasan. Tapi mak bapaknya denial ke terlampau husnudzon ke apa aku tak sure. Sedangkan dua2 orang “educated” sangat katanya.

So lambat lah intervention. Baru start sesi terapi. Memang tak pandai cakap apa lagi. Dia reti sebut mama & no je.

Kadang aku kesiankan budak ni sebab mak ayahnya bercerai. Mak dia pun mcm confuse je lepas diceraikan ni. Sibuk nak melawa, berjalan daripada jaga anak.

Anaknya tinggal dengan mertua. Mertua aku jadi orang gaji lah jaga cucu banyak lemak ni. Itu yang sayang sangat cucu yang sorang tu.

Tapi aku tetap rasa kalau anak aku, aku tak biar perangai melampau macam ni. Jangan underestimate keupayaan manupulatif budak2 ye.

Kalau kita ni sentiasa menangkan dia, mmg dia akan kuasai kita. Dia tahu kita lemah kalau dia mengamuk, merengek. Itu yang aku nampak jadi dekat anak sedara aku.

Meluat sebab tak marah nnt, menjadi-jadi anak aku dimangsakan. Dah marah, aku pulak kena sekali. Suami aku pun pernah marah anak sedara dia ni. Banyak kali!

Yang itu, mertua ipar duai semua tak ada komen apa. Semua diam membeku. Tapi suami aku tak selalu ada untuk tolong jadi shield kami.

Dalam keadaan yang sampai anak aku cedera tu semua, suami tak ada!

Kalau jarang2 jumpa tak apa lagi. Ni selalu! Pernah je belakang2 orang aku jegilkan mata & acah2 mcm nak pukul. Jahat gila dah aku rasa masa ni.

Yela selalu tengak drama, kita geram kan dengan watak mak/makcik puaka yang belakang orang, jahat rupanya. Buat macam2.

Aku slowly rasa aku dah nak jadi macam watak antagonis drama. Mungkin ada yang rasa hek eleh sikit punya hal je ni. Budak2 lagi. Kau tengok dulu anak kau kena selalu, tahan ke tak?

Masa anak aku budak, tak ada orang pulak nak kesiankan dia sebagai budak.

Oh aku bukan jugak jenis back up anak tak tentu hala. Ada masa anak aku salah, aku marahkan je anak. Tegur! Tapi anak sedara tu, HISH MELUAT!

Aduh, aku jahat ke weh ada rasa macam tu? Aku sendiri kadang2 takut dengan thought aku bab2 berkaitan budak tu. Busuk sangat ke hati aku ni?

– Maimon (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM