Hi, aku pelajar lagi, umur 20, atlet sukan, makanan harian sejak kecil: ayam, obsesi makan: 1/hr, water intake: 2.5L/day
Aku terlampau obses nak makan sesuatu, sampai setiap minit aku fikir, lepasni nak makan apa? Padahal baru 5 minit lepas makan.
Obsesi makan aku mula masa form 4, bila aku stress muka start breakout, dapat kawan kelas yang sentiasa makan atau obes.
Tambah zaman kekegemilangan Eco masa tu, jadi aku memang setiap hari akan singgah Eco untuk beli jajan buat stock nak makan sambil study atau tengok netflix.
Sampailah umur aku 20, berat aku sentiasa underweight tapi yang buat aku stress bila muka aku membesar tak seiring dengan badan.
Sebesar mana muka aku? bila aku selfie, muka aku adalah dua kali ganda lagi besar dari orang sebelah, kalau sebelah aku orang kurus, kira tiga kali ganda saiz muka aku.
Yang buat aku lagi stress, bila aku tengok cermin dekat bilik, muka aku cuma saiz yang normal, tapi bila aku tengok mana-mana cermin dekat mall atau luar, muka aku rupanya sangat besar.
Portion makanan untuk aku sekali makan macam untuk 4 orang. Sarapan biasanya aku akan makan roti telur 15 keping atau cereal, kentang goreng, pankek.
Tengahari aku akan ambil nasi sesenduk, dan lauk 6 ke 8 senduk.
Memang makanan aku dari kecik adalah ayam; ayam kfc, masak merah, mamak, gulai, paprik, panggang.
Tetapi sayur dan buah-buahan pon aku makan banyak. Biasanya pisang setandan boleh habis sekali makan untuk aku sorang.
Makan malam dan bila aku nak makan adalah secara rawak, kat rumah, aku akan masak puas-puas untuk aku makan.
Makanan semuanya dimasak bukan dibeli, sebab parent aku memang tak bagi aku duit yang banyak untuk order makanan.
Tapi, rak rumah aku memang sentiasa penuh dengan makanan ready to eat atau perlu masak.
Aku sedar yang aku tak boleh kawal makan bila asyik nak mengunyah, lapar dan tertekan bila tak makan.
Jadi aku ikut nasihat dari internet untuk kawal obsesi aku selama 3 bulan macam lebihkan fiber dan serat, minum air bila lapar, minum teh hijau, tulis jurnal, guna pinggan kecik bila makan, bersukan, sibukkan diri, dan etc.
Tapi aku masih nak makan dan makan lagi. Apa yang aku perasan, aku makan lagi banyak dari sebelum ni. Muka aku pon semakin besar berbanding sebelumnya.
Benda yang paling buat aku stress sebab muka aku membesar, breakout, berminyak sampai aku ada social anxiety dan aku taknak berkawan dengan orang.
Kalau korang ada pengalaman atau nasihat, bolehlah kongsi, terima kasih.
– Piya (Bukan nama sebenar)
Sumber : IIUM Confession – BM