Salam semua. Aku Nur, dah kahwin. Anak baru seorang. Saya kahwin 2017. Masih dalam fasa 5 tahun pertama. Diuji kiri dan kanan. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang rasa nak lari rumah, kadang-kadang rebah juga.
Jom straight to the point. Kita bila dah kahwin, jangan expect pasangan kita faham kita 100%. Kita kena belajar dan kenal macam mana pasangan kita.
Aku ni muda 7 tahun dari suami aku. Sah-sah pemikiran tak sama, perangai jauh beza. Aku pulak anak perempuan tunggal, suami aku anak lelaki sulung.
Minat dah tentu tak sama, makanan kegemaran pun dah lain-lain. Dah kahwin ni baru aku tau suami aku ni 90% lain dari aku. Dah nak masuk tahun ke 4, dah makin on track, tu pun kadang-kadang lost track.
Bab 1. Makanan. Dah kahwin baru aku tau suami aku ni minat kari mamak, kalau tak dapat kari, rasa dia boleh gila kot. Aku pulak, seumur hidup, haram tak pernah masak kari. Aku suka sup. Dah beza kat situ. Ha sudah, tapi aku slowly belajar dari kak ipar dengan mak mertua aku. Aku whatsapp je kak ipar dengan mar mertua aku kalau nak resepi apa-apa. Kenapa aku tak belajar dari mak aku? Dah suami aku dibesarkan dengan cara masakan mak, adik beradik dia, aku follow la cara belah sana. Settle.
Bab 2. Hobi. Suami aku ni minat dia kayuh basikal. Basikal saja ribu-ribu. Jem kepala otak aku. Aku ni kaki zumba. Takkan aku nak ajak dia zumba? Memang tak la dia nak buat benda tu. So, aku memang galakkan dia, siapkan baju, seluar, stokin, glove serba mak nenek la sebelum dia kayuh. Aku tak minat tapi aku support, aku ikut dia pergi servis basikal. Bosan jangan cakap la, tapi dah itu minat dia. Aku layankan aje. Settle.
Bab 3. Kereta. Suami aku ni gila kereta. Kawan-kawan dia kebanyakan naik GTR, Ford Mustang, sport car lain. Aku rasa bab kereta, ilmu di dada aku dah level mekanik. Tengok side mirror kereta aku boleh sebut model kereta tu. Bila suami aku buka topik pasal kereta, aku memamg done into scene gitu. Aku borak kadang aku lupa aku ni perempuan. Dan ya, aku support apa yang suami aku suka. Settle.
Bab 4. Sukan. Penah jumpa perempuan minat MotoGP? Aku la tu! Power tak power suami aku, dia boleh ubah minat aku dari dok layan gimnastik berirama masa sukan SEA jadi gila MotoGP. Aku ni siap baca wikipedia semua rider MotoGP. Sebut je Marc Marquez, Marverick Vinales, Fabio Quartararo semua aku kenal, Hafizh Syahrin turun Moto2 aku tau. Sebab apa aku sanggup gali ilmu? Sebab aku nak support minat suami aku. So kalau ada race, memang kami lakibini layan sama-sama. Seronok weh bila ada minat sama ni.
Cukup la setakat tu aku share. Bila dah kahwin, bukan kita kena paksa suami ikut cara kita, kita yang kena belajar tentang suami kita. Barulah hidup harmoni gitu. Sekian.
– Isteri Brutal