CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI

Lately aku banyak baca pasal cinta bermula dari Universiti So di sini aku nak share sikit kisah percintaan aku and nasihat untuk gegadis di luar sana.

9 bulan yang lepas aku kenal dengan sorang mamat ni. Agamanya baik, handsome, pemalu dengan perempuan, kelakar, baik hati. Senang citer semua la yang ada pada ciri-ciri lelaki yang perempuan nak.

Selepas 2 minggu berkenal, kami sama-sama confess yang kami suka sama suka. Dan dia terus cakap dia nak buat aku jadi bakal isteri dia. Aku bersyukur sangat aku jumpa dia, sebab lelaki macam dia susah nak cari.

Aku sayang dia sangat sampai aku bagi harapan yang tinggi pada dia. Since kami satu uni (tetapi berlainan kampus), jadi kami selalu keluar bersama. Setiap bulan je mesti keluar.

Aku bahagia sangat masa tu. And kedua dua keluarga kami tahu akan hubungan kami. Mak aku suka sangat dia. And mak dia pun boleh terima aku sampaikan bagi hadiah masa birthday aku. Aku selalu doakan dia jodoh yang terbaik buat aku.

Then, dua bulan yang lepas dia cakap kat aku dia nak jadi just friend dengan aku. Aku terima keputusan dia sebab aku rasa apa yang kami buat selama ni pun berdosa.

Dia ckp dekat aku dia nak jaga hubungan kami since kami berdua anak sulung dan masih sedang belajar. Masih jauh perjalanan. Dia cakap dia percaya dan dia berserah saja jodohnya pada Allah. Aku pun redha je.(Apa-apa pun aku still aku doubt yang lelaki ni mungkin tipu)

Selama dua bulan yang lepas sejak dia cakap dia nak kami berkawan, dia tak pernah contact aku. Hanya aku yang contact dia. And bila kitaorg contact pun, cakap macam stranger. Aku dah tak kenal sangat dia.

Dia macam nak larikan diri dari aku. Dia langsung tak nak jumpa aku. Setiap hari aku menangis sebab aku rindu dia. Aku selalu positif kan diri aku sebab aku tahu ini yang terbaik buat aku.

Di dalam setiap doa aku, aku selitkan namanya. Sungguh aku harap dia jodoh aku. Aku ada buat solat istikharah, dan aku nampak dia dalam mimpi aku (tapi aku tak percaya pada mimpi).

Aku selalu doa kalau ada jodoh, berilah aku kekuatan dan kesabaran hingga tiba waktunya. Tapi jika tiada jodoh, cabutlah perasaan ini dan gantikan yang lebih baik. Tapi setiap hari aku masih menanti dia.

Sehingga lah aku terbaca ini…

Kalau suka seseorang, cuba jauhkan diri dari dia. Time tu baru awak boleh beza awak suka dia sebab nafsu, atau sebab Allah. Kalau suka ikut nafsu, awak tak boleh menjauh dari dia. Ada je rasa tak kena.

Takut dia curang atau tinggalkan kita. Kalau awak suka sebab Allah awak akan cuba kawal perasaan. Tak contact, tak berjumpa tanpa sebab.

Lagi cuba nak jauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang satu sama lain, tapi mention nama dia dalam doa tak pernah missed sebab awak tahu hati dia Allah pegang.

Awak percaya Allah Maha Pengatur segalanya?

Saya percaya. Siapa kita untuk nafikan perasaan yang hadir. Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang. Rujuk pada Dia. Dia pemilik hati manusia. Cinta manusia itu tidak salah, tapi kawal lah dengan iman. bukan nafsu. Jika rindu, titipkan dalam doa insyaallah dia turut merasainya.

Saat lelaki itu sedang kerja keras untuk menghalalkanmu, saat tu juga ada wanita yang mendoakanmu agar dimudahkan urusanmu untuk menghalalkannya. Mohon Allah jaga. Mohon Allah lindungi. Moga baik baik dalam jagaanNya.

Jadi di sini aku nak bagi nasihat dekat perempuan di luar sana yang menghadapi masalah macam aku.

Jodoh itu misteri. Letaklah harapan sepenuh pada Allah kerana Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain dari Nya. Kadang-kadang kita lepaskan seseorang itu bukan sebab kita tak sayang dia, tetapi kita terpaksa buat pilihan sama ada dia atau Allah.

Kalau kau sayang dia, doakan dia. Kerana hadiah yang paling baik untuk seseorang yang kita sayang adalah DOA. Semoga kita semua dapat kuatkan hati kita (doakan aku kuat jugak tau)

– Ms. Kental