AKU TAK PERCAYA CINTA SELEPAS KAHWIN

Yes aku memang tak percaya pada cinta lepas nikah. Bagi aku bercinta lepas nikah ni merepek. How could you get married with someone u dont even know?

Imagine kau nak hidup dengan dia for the rest of your life. Sorry to say , kemanisan cinta lepas nikah yang tengah hot digembar gemburkan ni totally b******t.

Ni kisah mak ayah aku yang kononnya bercinta lepas nikah dan kemudian mak aku suffer for the rest of her life. Nak percaya atau tak terpulang. Cuma aku tak kan biarkan hidup aku jadi macam mak ayah aku.

Mak dan ayah aku duduk sekampung dan berjiran dari kecil. Disebabkan jarak umur diorang yang agak jauh, so they are not really friends.

Ayah aku masuk hostel form 1, mak aku baru darjah 1. Macam tulah jarak mereka. Sampailah lepas SPM, mak aku merantau KL cari kerja,time tu ayah aku study. Nak dipendekkan cerita, ayah aku masuk meminang.

Time tu mak aku tak kenal langsung ayah aku, yes kenal muka sebab jiran depan rumah, tapi tak pernah bertegur sapa bagai. Mak aku minta pendapat opah aku sebab dia sendiri tak tau nak bagi jawapan apa.

Opah aku pun kata ikut suka mak aku. Jadi, mak aku yang time ni memang ada terfikir nak kahwin, terima lah ayah aku.

Sebab kenapa mak aku terima pinangan ayah aku adalah sebab ayah aku ni kaki masjid. So, mak aku beranggapan yang ayah aku ni orang yang baiklah sebab dia solat. Typical thought.

Sampailah dah kahwin, satu satu belang ayah aku nampak. Panas baran, arrogant dan macam-macam lagi. Tambah pulak time tu ipar duai mak aku dengki dan fitnah dia macam-macam, hidup mak aku suffer. Dia bertahan time tu sebab fikirkan anak-anak je.

As years goes by, sampai ke hari ni , ayah aku masih lelaki yang sama, panas baran, habis semua anak lelaki ikut perangai dia. Jenis yang jadikan bini hamba. Tak pernah nak tolong buat kerja rumah.

100% depends kat mak aku. Jenis yang cakap menyakitkan hati orang. Dengan pekerja dia lagilah teruk, dia layan macam sampah.

Aku berani sumpah dia lah lelaki paling teruk yang aku pernah jumpa dalam dunia ni.

Hubungan dengan Allah kemain solat jemaah bagai. Tapi hubungan dengan manusia hancur. No one respect him. Aku sampai takut nak kahwin sebab takut nasib aku jadi macam mak aku. But i wont let that happen.

So to conclude, sebelum kahwin, kenalilah pasangan korang dulu. Kenali doesn’t have to be COUPLE.

Yes aku tau couple tu haram. Tak suruh couple pun, tapi berkawanlah dulu dengan bakal pasangan kita tu. Kalau ada peluang, pergi travel mana-mana / musafir sekali ,tapi dalam grup lah.

With that, kita akan nampak true color dia sama ada dia penyabar ke hot temper semua tu. Perlu kenali siapa diri mereka sebelum kahwin.