Aku rasa ni la tempat terbaik untuk aku lepaskan semua yang terpendam dalam hati aku selama ni.
Ceritanya begini. Aku ni from divorced family. Mak ayah berpisah since aku dalam perut mak aku lagi. Ayah aku ni tak bertanggungjawab.
Means, sejak aku kecik sampai la dah tua ni (i just got married), dia abaikan nafkah.
Mak la yang berhempas pulas cari duit nak besarkan kitorang 4 beradik. Bila dengar citer mak aku, mengalir air mata betapa payah dan peritnya dia menanggung anak-anak yang tengah membesar masa tu, tanpa suami.
Korang bayangkan la, masa mak aku beranakkan aku, ayah aku tengah syok dilamun cinta dengan awek dia (sekarang dah jadi mak tiri aku).
Sampaikan mak aku yang azankan aku yang baru lahir masa tu. Dia takde datang pun jenguk aku. Umur aku dah 7 bulan baru dia datang tengok. Tu pun kejap je (ikut cerita makcik aku).
Mak aku bergolok bergadai nak besarkan kitorang, siap gadai barang kemas dan bila takde duit sangat tu, cuma makan nasi kosong je. Ayah tak amik tahu langsung.
Aku ada kakak sulung yang mana umur dia dalam belasan tahun masa mak bapak aku cerai. Almaklumlah darah muda remaja masa tu. Mungkin disebabkan terlalu tension dengan masalah parent aku masa nak bercerai tu, kakak aku jadi liar dan selalu lari sekolah.
Bapak aku ni jenis, kalo anak-anak ada masalah apa-apa, mesti dia maki dan salahkan mak aku. Mak aku jenis diam je, jenis tak melawan sebab malas nak panjangkan cerita.
Dipendekkan cerita, aku pun dah besar dan ayah aku start tunjuk caring dia bila aku berjaya masuk U. Selalu la pulak dia call amik berat pasal aku.. Belikan laptop masa aku nak start belajar.
Ayah aku ni orangnya suka marah-marah orang dan ceramah agama kan orang. Walhal dia sendiri ayah yang langsung takde tanggungjawab.
Bila kitorang dah besar dan berjaya, selalu la hantar mesej-mesej hadis dan tazkirah agama berkenaan tanggungjawab anak-anak supaya jadi pemurah dan kewajipan bagi duit pada orang tua.
Sejak dah kerja ni memang aku bagi duit kat mak aku SAHAJA.
Kat ayah aku, memang aku tak bagi cuma sesekali jumpa aku hulur la sikit tapi dia selalu mesej-mesej pasal kena bagi tiap bulan la supaya jadi anak solehah bla bla bla.
Ayah aku ni suka marah orang tak tentu pasal. Kalau boleh nak anak-anak datang umah dia selalu. Padahal kitoang masing-masing busy.
Dia suka marah-marah tanpa sebab yang menyebabkan kitorang jadi serba salah sebab dia kata, anak-anak tak boleh sakitkan hati orang tua. Nanti jadi anak derhaka.
Kalau nak diikutkan, kira baik la kitorang ni selalu jugak la menjenguk dia kalau nak dibandingkan dengan tanggungjawab sebagai ayah yang dia dah abaikan selama berpuluh tahun.
Aku faham kedudukan dia sebagai ayah yang perlu aku hormat. Tapi sikap dia yang mata duitan ( tiba-tiba memandai letak hantaran tinggi masa aku nak kawen), jual tanah arwah datuk dan makan anak beranak ( dia dan bini baru serta adik-adik tiri aku), buat aku hilang hormat pada dia.
Baru-baru ni masa dia nak pegi haji, aku dan suami tak dapat datang sebab suami aku nak sign on (suami keje offshore).
Dia boleh marah aku. Dia kata suami boleh cari lain, ayah mana boleh ganti. Allahu.. Aku baru je berapa bulan kawen dan dia boleh keluar cakap macam tu. Bukan ke sebagai isteri, aku patut utamakan suami?
Tu belum cerita pasal mak tiri yang perangai naudzubillah.
Tiap kali kitorang adik beradik datang umah ayah, dia akan hempas-hempas pinggan mangkuk kat dapur kuat-kuat. Cakap menyindir-nyindir sampaikan bila nak salam tangan dia, cepat-cepat dia tarik tangan.
Aku makin hilang hormat kat ayah aku bila mengenangkan perbuatan dia pada mak dan kami adik beradik selama ni. Bila dah besar dan berjaya, pandai pulak nak dekat-dekat.
So nak mintak la suggestion macam mana aku boleh kikis perasaan benci ni pada ayah aku sendiri? Aku kalau boleh tak nak benci dia tapi tak tahu nak buat macam mana.