Malas nak intro panjang mukadimah bagai. Aku ada la sorang kawan lelaki (bukan gay ok). Siyesly aku sayang giler kot kat dia sebab dah lama sangat kitorang kawan.
Masuk universiti pun kos sama so memang banyak jugak la kelas yang sama.
Aku tahap percaya kat dia ni sampai aku pernah pesan kat bini aku camni,”Jangan buat muka/halang abang nak jumpa or apa-apa urusan dengan XXX ni kalau tak nak kita masam muka.”
Owh ye..Aku kawin masa study then alhamdulillah bini aku faham, ok la tu.
Kawan punya kawan, aku perasan kawan aku ni suka condemn orang. Orang tu tak kena orang ni tak kena but aku dengar je la cerita dia dan iye kan sebab bagi aku dia ni macam power jugak la peribadi nya.
So aku just anggap tu pendapat dia kat orang untuk dia improve diri sendiri, aku yakin!!
Bila dah grad ni aku tengok dia ni lain macam je, makin ramai pulak orang dia nak condemn, boleh cakap semua kawan-kawan sekeliling kitorang ni tak kena.
Orang ni kerja makan gaji dia tak puas hati, orang ni buat bisnes pun dia cari salah but aku still husnuzon sebab aku memang betul-betul anggap dia as kawan paling baik pernah aku ada.
Nak dijadikan cerita kitorang dapat kerja dalam waktu yang hampir sama but tempat kerja lain-lain la.
Masa ni baru la terbongkar dan confirm segala-galanya yang kawan aku ni memang jenis depan baik tapi belakang perangai cilake yang amat.
Boleh pulak dia tak puas hati dengan position dan gaji aku sebab nampak macam setanding/ lebih dari dia kot? Siap canang cerita kat orang lain yang aku ni menipu pasal kerja. WTFishh??
Depan-depan dia akan sembang macam tak ada apa-apa. So macam biasa la lelaki ni kan bila dah percaya habis semua cerita, rupanya cerita-cerita yang aku share dengan dia ni digunakan untuk cerita pada member-member lain dengan versi negatif untuk menjatuhkan aku dan nampak dia power.
Sama macam dia cerita kat aku pasal kawan-kawan lain then finally he become the great on! JILAKE kan?
Before this aku ingat aku ni different la bagi dia sebab memang rapat giler kot, family memang dah kenal sangat masing-masing siap bawak gi family event lagi tu.
Aku tak faham mamat ni sebenarnya nak apa, best sangat ke nak orang nampak ko paling hebat dalam segala aspek sampai ko sanggup buruk kan kawan dan hilang kawan?
Aku sebenarnya selalu baca kisah camni dari frenship pompuan je but last-last kena pulak dekat abam macam aku ni.
Siyes aku nangis kot bila dapat tahu selama bertahun-tahun aku anggap dia BFF ni rupenyer mulut dia puaka giler kat belakang..Pui betul la!!
Sekarang ni mamat tu dah ada pasangan hidup, aku tumpang heppy la untuk tu coz sekurang-kurangnya if kawan-kawan lain pun tahu dia tu jenis depan baik belakang jilake dan ambik pendekatan macam aku buat ni takde la dia sorang-sorang je kan, ade la peneman hidup.
But seriusly sedih tu hanya Allah yang tahu camner. Mengalir habis air mata jantan aku bila tahu orang yang aku percaya giler rupenya camtu but alhamdulillah Allah tunjuk kat aku dah cukup baik.
Kalau luahan aku ni di-post-kan aku just nak nasihat satu je kat abam-abam kat luar tu. Jangan expect friendship lelaki ni tak complicated macam pompuan. Choose wisely who you want to trust, jangan jadi cam aku ni ha dah lebih 10 tahun baru realize.
Semoga “ex” aku tu berbahagia la dengan kehidupan dia then kalau dia baca apa yang aku tulis ni nasihat aku satu je, sudah-sudah la buat cerita memburukkan orang lain supaya nampak ko yang paling hebat, gaya, mutu dan keunggulan.