BENCI BEKAS TUNANG AKU

Aku pernah engaged dengan someone sebaya aku, tapi kami putus about 2 years ago.

Putus bukan kerana tak sayang or orang ketiga tapi sebab aku yang sangsi dengan keputusan untuk bernikah.

Istikharah? i did istikharah tapi perasaan doubt untuk kawen dengan dia makin memuncak. aku tak tau kenapa.

So, aku buat keputusan untuk putus. Mula-mula aku rasa bersalah sangat. Ye la, sebelum engaged aku beriya sangat nak dengan dia. Bila makin dekat dengan tarikh nikah, aku nak putus.

So we’re break up. Kami settle down cara baik. Lama kami berkawan, aku pun tak nak bermusuh, plus dia classmate aku sejak zaman diploma lagi. Kami still kawan, cuma tak la semesra dulu.

Aku menyibukkan diri and try move on. Tapi biasa la, kadang-kadang rasa rindu datang. Aku nak juga tau life dia macam mana. Dia dah jumpa pengganti ke, dia sihat ke, dia pergi mana-mana ke. So aku stalk dia.

Aku rasa macam nak sangat-sangat tau semua. So aku menceroboh privacy dia. Yes, i found pictures yang sangat mengaibkan.

Wallahi aku rasa macam kena tikam banyak-banyak kali. Those pictures taken masa kami masih lagi dalam tempoh bertunang. I did confessed him and dia mengaku he did all those.

Parents aku kadang terlepas, ungkit and blame aku sebab lepaskan dia. Tapi aku tak sampai hati nak crita kenapa akutak nak kawen dengan dia or try baik-baik semula.

Aku stucked. Nak cerita tu aib dia. So aku pilih untuk diam walaupun memang makan dalam.

Hati kecil aku pujuk untuk rasa syukur sebab aku tak jadi bini dia, tapi aku marah sangat each time aku tengok muka dia kat kelas or terserempak kat mana-mana.

Even mentioned nama dia pun aku rasa marah teramat and gross. Marah sampai tahap hatred..benci..meluat. Bole rosak mood aku bila siapa-siapa mentioned nama dia depan aku.

Sometimes aku tak boleh kawal mulut aku untuk tak panggil dia dengan gelaran yang pelik-pelik or curse.

Macam mana nak kawal mulut aku? Macam mana nak kawal rasa benci tu? Macam mana nak keep calm and tak de simpan apa-apa rasa benci kat dia. Aku tak tenang. Aku nak study pun tak senang..

Tolong aku..