Assalamualaikum. Aku just nak bagi pendapat aku je. Maaf jika ada yang terasa. Akhir-akhir ni banyak aku baca lelaki yang curang bila wife dah gemuk.
Malu jalan dengan wife bila wife dah gemuk. Malukan & hina wife bila wife dah gemuk. Hmm. Ada satu kesah ni, ada sorang membe aku ni pernah cakap kat aku, “Aku rasa dia ada potensi gemuk lepas kawin la”.
Bende ni dia tuju dekat makwe dia. Dia terpikat kat perempuan ni pun sebab perempuan ni lawa plus putih gitu.
Masalahnya sekarang, engkau pun belum kawin perut dah buncit, muka dah koyak, lepas tu bising makwe ko akan gemuk lepas kawin. Nak je aku tampar.
Engkau kalau nak wife kau maintain je, kau support lah dia. Bawak pi tempat pelangsingan badan ke, ape ke. Kalau kau takde duit, kau je yang mengandung. Senang.
Perut pun dah nampak ciri-ciri mengandung pun orang tak perasan. Haaa. Berangin pulak aku kan.
Kedua, untuk lelaki-lelaki yang curang sebab wife korang gemuk ni, apehalnya? Sikit pun ko tak nampak ke pengorbanan wife kau? Dia lahirkan anak kau kot, pikir lah sikit. Guna akal yg waras untuk berfikir.
Stop lah pandang fizikal semata-mata. Isteri ni harta yang tak ternilai tau. Pandang lah dengan mata hati. Ikut merasai kesakitan dia, pengorbanan dia. Wife kau pilih kau sebab kau dah cukup sempurna kat mata depa.
Tapi kau cuma pandang depa dari segi fizikal semata-mata. Kalau diorang mampu tutup mata untuk segala kekurangan kau why not kau accept semua yg ada pada dia?
Aku tengok mak-mak dulu, tak semua, kebanyakannya berisi & kata lainnya gemuk. Tapi husband depa terima depa seadanya. Suruh duduk rumah. Bagi cukup makan, pakai, rumah semua sempurna.
Tapi bila aku tengok sekarang, sangat berbeza, bukan nak pukul sama rata, tapi kebanyakkannya. Dah lah wife kerja, anak pun wife jaga, rumah pakaian semua wife yang siapkan, anak pun wife yang hantar sekolah, kau tak cukup duit kau mintak kat wife kau.
Tiba-tiba sampai part gemuk, kau curang dengan dia, kau malu nak jalan dengan dia, kau hina-hina dia. Memalukan betul. Seriously, tak layak langsung di panggil suami. Dah lah banyak menyusahkan wife, lepas tu tak menghargai.
Bila nak kawin lain, pandai cakap ikut sunnah bagai. Tapi yang wajib kau tak buat, yang sunnah sepatutnya kau amalkan dalam keluarga, kau tak buat.
Oh please lah. Take time, tengok muka wife kau. Tengok dalam-dalam. Kau rasa ada ke perempuan lain yang nak berkorban untuk kau?
Kalau setakat gemuk jadi alasan kau, baik kau pergi kat cermin & tengok muka kau betul-betul. Tengok dari atas sampai bawah & tanya diri kau, sempurna ke kau? Jangan ikutkan nafsu, takut merana diri.
Haishhh. Sebenarnya, aku tertanya-tanya masa kenal & mengajak wife kau kawin dulu, apa yang kau pandang dekat wife kau?
Apa yang buat kau tertarik dengan dia? Fizikal semata-mata? Sebab cantik & menarik di mata manusia lain & kau berkobar-kobar nak dapatkan wife kau?
Then tell the world yang kau mampu untuk dapatkan dia? Ataupun untuk merasa bangga & menunjuk-nunjuk kau dpt wife cantik? Apa niat kau pada awalnya? Tanya diri kau!
Tak salah pilih wife cantik. Cuma jangan hukum dia bila dia dah gemuk. Tu je aku mintak. Bahagiakan & hargailah permata yang ada di depan mata, supaya tak tercalar permatamu dek kerana kaca yang kamu idam-idamkan. Maaf salah silap. TQ.Set featured image
– Cik Kiah Janda Gemok