RUMAH TANGGA DI UJI

Kebelakangan ni banyak terbaca dan dengar cerita tentang suami curang dan sebagainya. Jadi rasa terpanggil nak cerita kisah aku.

Aku dan isteri sebaya. Isteri aku serius sangat cantik, dah tahap model gitu. Dan aku agak banggalah jugak sebab aku berjaya pikat dia, sedangkan classmate, senior, junior ramai yang tergila-gilakan dia.

N kalau dalam kelas dulu, memang dia paling cantik dalam kelas. Aku puji bukan sebab dia bini aku, tapi dia memang cantik.

Aku anak dato’. Zaman degree bapak aku dah bagi pakai kereta mewah. Dan selepas grad, aku dapat kerja di syarikat besar. Aku terus pinang bini aku ni. Lepas nikah kitorang honeymoon europe.

Waktu tu ramai gila member yang duk jeles kat aku. Kira macam cukup pakej la aku ni. Ada rupa, anak orang kaya, gaji besar, bini persis model.

Tapi tu dulu. Selepas 8 tahun kahwin, bapak aku muflis. Jadi duit aku banyak aku habiskan untuk tolong parents aku.

Tapi takpe je. Sebab gaji aku besar, so tak terjejas pun. Bini aku, aku tak bagi kerja. Layanan dia high class. Dia rajin masak untuk aku.

Selepas 13 tahun kahwin, kami diduga. Aku dibuang kerja. Aku try cari kerja tapi tak dapat. Duit yang aku dapat dari company, aku labur. Dan malangnya aku ditipu.

Keadaan kewangan aku sangat kritikal waktu tu. Sehinggakan dah tak mampu nak bayar rumah. Jadi kami berpindah dari semi-D ke apartment.

Bini aku tak nak kerja, sebab dah terbiasa duk rumah. Jadilah kami berdua penanam anggur di rumah.

Anak 3 orang masih belajar, bayangkan betapa banyak belanja waktu tu. Aku banyak pinjam duit kat member & family sampaikan aku dah malu sangat-sangat.

Sejak aku menganggur tu, kitorang dah tak dapat pergi melancong, tak dapat nak belikan bini handbag. DAN LAYANAN bini aku seratus peratus berubah.

Dia dah tak hiraukan aku. Cakap kasar. Dah tak masak. Malam-malam keluar dengan make-up tebal. Bila aku mintak hak sebagai suami, macam-macam alasan dia bagi. Dan selalu jugak dia menengking aku.

Akhirnya, selepas 21 tahun usia perkahwinan kami, aku dah tak tahan. Aku ceraikan dia. Lepas cerai tu dia terus kahwin dengan lelaki kaya yang dah beristeri dua. 2 orang anak aku amik, seorang lagi dia amik.

Tinggallah aku bersama anak lelaki aku. Sekarang ni aku bawak teksi dan petang-petang jual goreng pisang. Dah 3 tahun kami bercerai. Aku teringin nak berkahwin baru, tapi aku fobia.

– Suami